KWSP FASA 2 BAWAH 40 TAHUN 2023 : PERMOHONAN PENGELUARAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

KWSP FASA 2 BAWAH 40 TAHUN 2023 : PERMOHONAN PENGELUARAN

Program pengeluaran KWSP menerusi pembiayaan fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) ini dilaksanakan secara dua fasa. Fasa 1 telah dilancarkan pada bulan April lalu, dimana permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 hingga 55 tahun. Kemudahan pembiayaan pengeluaran FSA2 KWSP fasa 2 nanti, permohonan akan dibuka kepada pencarum berumur 40 tahun dan ke bawah, selewat-lewatnya pada bulan Ogos.

Bagaimanakah cara permohonan pengeluaran kwsp fasa 2 bawah 40 tahun 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 EWALLET : CARA TEBUS & CLAIM

APA ITU PENGELUARAN KWSP FASA 2

Ia bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat. Ia juga bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP FASA 2

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 40 tahun dan kebawah.
  • Permohonan adalah sekali sahaja.
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan.
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

Nota : Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

AMAUN KELAYAKAN

Amaun kelayakan Pengeluaran Bersyarat adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan (jika ada) seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya. Seperti contoh di bawah :

PERKARAAhmadRitaSiti
Baki Simpanan
akaun 2
RM70,000RM3,000RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran
pra-persaraan
yang belum
diluluskan
RM10,000TiadaRM5,500
Amaun
Kelayakan
awal
RM50,000
Had
maksimum
pembiayaan
adalah RM50,000
RM3,000RM 0
Tidak layak
kerana
tidak\
menepati
syarat minimum
amaun RM3,000

Nota : Nota: Amaun sebenar bagi Pengeluaran Bersyarat adalah berdasarkan kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.

KWSP FASA 2 BAWAH 40 TAHUN

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP FASA 2.

Berikut merupakan cara permohonan awal pengeluaran, seperti di bawah :

  1. Ahli perlu mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.
  2. Permohonan adalah secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian, seperti;

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi info berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Untuk rujukan dan info lanjut anda boleh rujuk di Portal Rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Leave a Comment