POSLAJU ONLINE FORM : CARA ISI CONSIGNMENT NOTE
Pos Malaysia
Biasa hari-hari sebelum ini, kalau anda ingin pos barang atau hantar barang menggunakan Poslaju, anda diberi borang consigment atau slip poslaju. Jadi anda perlu tulis sendiri nama pengirim dan penerima di borang tersebut. Kalau banyak barang, banyaklah borang yang perlu ditulis secara manual kan.
Tetapi kini tidak lagi, ini kerana Pos Malaysia melalui Poslaju telah menyediakan kaedah baru iaitu dengna cara print sahaja slip poslaju tersebut dan anda hanya perlu daftar maklumat penerima dan pengirim melalui online sahaja iaitu melalui aplikasi Pos Malaysia.
Disini kami akan kongsikan cara isi borang PosLaju secara online ataupun menggunakan app e-connote.
Baca juga artikel lain : KELUAR DUIT TABUNG HAJI MELALUI CIMB
APA ITU E-CONNOTE POSLAJU
E Consignment Note Poslaju
Pos laju telah mencipta satu aplikasi pada 17 Ogos 2020 dan aplikasi ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan memudahkan penghantaran. Pelanggan yang menggunakan Pos laju boleh membuat e-Nota Konsainan (e-connote) melalui Mobile App kemudian print di kaunter Pos Laju. Anda boleh memuat turun di Google Play store atau Apple store dan melalui aplikasi ini, penghantaran akan menjadi lebih mudah dan efisien.
Berikut ialah kemudahan yang pengguna boleh dapat dengan menggunakan aplikasi ini iaitu pengguna boleh mencetak 20 nota konsainen sekali gus, jimat masa kerana tidak perlu dibuat secara manual atau tulis tangan, pengguna juga boleh simpan alamat pelanggan di dalam aplikasi dan akhir sekali pengguna boleh menjejak dan kesan bungkusan pos.
KELEBIHAN E-CONNOTE/E-KONSAINAN
- Sudah siap ada harga mengikut berat & destinasi. Anda tidak perlu untuk beratur dan timbang untuk semata-mata tanya harga terkini poslaju.
- Maklumat yang anda berikan terus masuk dalam sistem.
- Jimat kertas kerana kurang penggunaannya.
- Dapat elakkan slip consignment note tercicir dari parcel (e-connote menggunakan teknologi thermal print sticker).
- Tidak perlu bazirkan masa untuk menulis alamat di borang poslaju di kaunter.
- Tidak penat dan tidak lenguh tangan untuk menulis.
- Memudahkan posmen untuk membaca alamat dan menghantar barang ke alamat yang betul.
KELEMAHAN E-CONNOTE/E-KONSAINAN
- Anda kena ada handphone & line internet yang baik.
- Jika anda ada banyak barang untuk dihantar, ada maksimum print 20 e-connote sahaja.
CARA ISI CONSIGNMENT NOTE POSLAJU ONLINE FORM
Cara Isi Consignment Note Poslaju Online
Terlebih dahulu anda perlu download aplikasi Pos Malaysia melalui Play Store atau Apps Store. Aplikasi ini bukan sahaja boleh isi borang e-connote tetapi banyak lagi fungsi lain seperti fungsi track n trace, bayaran bil, send parcel dan banyak lagi.
- Install apps POS MALAYSIA atau pergi ke laman web POS MALAYSIA di https://www.pos.com.my/
- Klik pada E-Consignment Note.
- Pilih lokasi Pejabat Pos yang boleh anda print E-Connote.
- Isi alamat pengirim barang
- Isi alamat penerima barang
- Isi anggaran berat atau berat sebenar dan deskripsi ringkas berkenaan barang serta nilai barang yang hendak dihantar (Nanti di kaunter akan ditimbang barang anda sekali lagi dan caj sebenar akan diberitahu mengikut berat sebenar).
- Kemudian akan tertera harga yang perlu dibayar untuk kita sediakan dan bayar di kaunter poslaju nanti.
- Akan keluar QR CODE. Kalau anda sudah berada di depan kaunter boleh terus klik bar SCAN & PRINT.
- Sekiranya anda ingin taip alamat dahulu di rumah kemudian baru pergi ke pejabat pos, maka anda boleh pilih SAVE TO MY PARCEL.
- Jika anda dari rumah, buka apps POS MALAYSIA & klik MY PARCEL.
- Pada bahagian TO PRINT adalah untuk anda pilih E-Connote mana yang hendak anda cetak. Klik icon printer di tepi.
- Nanti akan keluar QR CODE untuk scan pada device di kaunter poslaju.
- Slip akan dicetak & ditampal pada parcel dan anda boleh terus buat bayaran.
NOTA: E-connote ini tidak boleh dicetak dari rumah kerana sistem borang poslaju online ini dibina untuk customer walk-in sahaja.
TIPS
- Anda hanya dibenarkan print e-connote tersebut di cawangan Poslaju sahaja. Tak boleh print sendiri.
- Jangan risau, ianya percuma!
- Anda juga boleh print terlebih dahulu dan balik, baru pack barangan anda. Kemudian esok baru pos. Boleh juga!
- Borang slip poslaju masih boleh lagi boleh digunakan, tetapi digalakkan untuk guna e-connote juga lepas ni.