PIKAS Application Form MITI : Download Borang Program Imunisasi Industri COVID19 (PIKAS)
Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bagi sektor pembuatan akan dilancarkan pada Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 16 Jun ini. Program vaksinasi PIKAS akan dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti. Pelaksanaan PIKAS mendapat persetujuan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM).
Baca juga : Cara Memohon Moratorium Public Bank, Maybank, CIMB, Bank Rakyat DLL 2021
Apa itu PIKAS?
PIKAS adalah Program Imunisasi Kerjasama Awam-Swasta yang menyasarkan pekerja dimana MITI telah dipertangungjawabkan untuk menyelaraskan imunisasi pekerja bagi sektor pembuatan. PIKAS diperkenalkan berikutan cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu Kerajaan menyegerakan imunisasi bagi Rakyat.
Kelayakan Untuk Program Vaksinasi PIKAS
Syarikat dalam sub sektor seperti di bawah adalah diberikan keutamaan:
- Pembuatan kritikal termasuk elektrik dan elektronik,
- Pemprosesan makanan, besi dan keluli, alat perubatan, alat pelindung diri (PPE), minyak dan gas
- Pemprosesan produk getah termasuk pembuatan sarung tangan perubatan
Keutamaan vaksinasi syarikat akan ditetapkan mengikut beberapa pertimbangan termasuk lokasi syarikat di zon merah COVID-19.
Tarikh Pendaftaran Program PIKAS
Pendaftaran bagi program vaksinasi di bawah PIKAS akan bermula pada 13 Jun 2021. Syarikat perlu mengikut terma dan syarat yang antaranya memerlukan pekerja berdaftar dengan MySejahtera untuk program PICK terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran PIKAS.
Tarikh Pelaksaan Program Imunisasi Industri COVID19
Pelaksanaan PIKAS akan bermula pada 16 Jun 2021 dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenalpasti.
Download Borang Program Imunisasi Industri COVID19 : PIKAS Application FORM MITI : How To Apply PIKAS Online : Application For Apply Vaccine PIKAS di Bawah Program MITI
Caranya adalah muat turun atau download borang di bawah :
- Masuk ke laman web : https://www.miti.gov.my/redir/pikas/registrationform.html
- Download PIKAS Form MITI
Terdapat 2 Application Form PIKAS (Download di laman web di atas)
- Form 1 – PIKAS Common PPV 22 June 2021.xlsx
- Form 2 – PIKAS PPV Factory Onsite 22 June 2021.xlsx
Companies can download the application form here. The completed form may be submitted by the respective industry associations and business chambers of commerce. Alternatively, it can also be emailed to vaccine4industry@miti.gov.my.