PETA LOKASI GOOGLE MAP : CARA BUAT & ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PETA LOKASI GOOGLE MAP : CARA BUAT & ONLINE

Fungsi peta dapat dikatakan baik jika bisa dibaca dan difahami dengan mudah oleh penggunanya. Fungsi ini tentunya berkaitan dengan cara membuat peta. Secara umum, fungsi peta adalah seperti berikut:

  1. Untuk menunjukkan posisi atau lokasi suatu tempat di permukaan bumi.
  2. Untuk memperlihatkan ukuran (luas, jarak) dan arah suatu tempat di permukaan bumi.
  3. Untuk menggambarkan bentuk-bentuk di permukaan bumi, seperti benua, negara, gunung, sungai, dan bentuk-bentuk lainnya.
  4. Untuk membantu peneliti sebelum melakukan survei untuk mengetahui keadaan daerah yang akan diteliti.
  5. Untuk memberi data tentang potensi suatu wilayah.
  6. Sebagai alat untuk menjelaskan rencana-rencana yang diajukan.
  7. Sebagai alat untuk mempelajari hubungan timbal-balik antara fenomena-fenomena (gejala-gejala) geografi di permukaan bumi.

Baca juga: CARSOME : CARA BELI ATAU JUAL KERETA DI CARSOME SERTA PENGALAMAN JUAL

CARA BUAT PETA LOKASI GOOGLE MAP SECARA ONLINE

Untuk tutorial di bawah ini, anda boleh gunakan mobile device (tablet / handphone) atau laptop / PC untuk tambah lokasi (add location) kedai / premis perniagaan / rumah anda di Google Map.

  1. Buka Google Maps : www.google.com/maps
  2. Tekan ikon Contribute.
  3. Kemudian pilih ikon Add Place.
  4. Isikan maklumat perniagaan anda dengan lengkap.
  5. Lokasi perniagaan anda akan ditandakan. Semak maklumat yang dipaparkan.
  6. Selesai.

Cara Tambah Lokasi Kedai Online Di Google Map

  1. Buka Google Maps dulu.
  2. Nanti akan keluar Maps macam dekat bawah ni.
  3. Tekan butang Contribute seperti yang ditandakan di atas tu. Kemudian tekan butang Add Place.
  4. Nanti akan keluar paparan untuk kita isikan segala maklumat tentang perniagaan kita.

Antara fungsi dan info yang boleh ditambah ialah:

  • Alamat penuh dan nama kedai di Google Maps untuk mudah orang cari.
  • Tambah sekali waktu buka dan tutup kedai dan hari bekerja
  • Penting untuk tambah nombor telefon
  • Kalau ada boleh juga tambah laman web atau page Facebook kedai anda.
  • Bagus juga kalau boleh tambah gambar kedai atau premis anda jika berkaitan.

Kesemua info yang ditambahkan tadi akan dipaparkan jika seseorang menekan pada tanda pin pada kedai anda tadi.

Dengan penambahan semua info di atas secara automatik kedai anda akan lebih mudah di akses dan dicari di Google. Selain itu, orang lain juga boleh review kedai anda. Jadi penting untuk jaga kualiti atau servis dengan lebih baik dan berkualiti.

Leave a Comment