CARA REFINANCE RUMAH : LPPSA / BANK

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA REFINANCE RUMAH : LPPSA / BANK

Orang kata, dengan cara refinance rumah, kita boleh dapat duit. Selain itu, dengan pembiayaan semula rumah ini, kita dapat memendekkan lagi tempoh pembayaran hutang.

Tambah lagi sedikit dengan pengeluaran duit KWSP, Tabung Haji dan ASB, mungkin boleh pendekkan lagi tempoh loan rumah itu.

Refinance rumah dalam bahasa awam atau bahasa percakapan biasa merujuk kepada pembiayaan semula aset hartanah, iaitu rumah.

Dalam bahasa lebih mudah faham, refinance rumah bermaksud mewujudkan pinjaman baru untuk melunaskan hutang sedia ada.

Dalam tulisan ini penulis akan menggunakan istilah ‘refinance rumah’ merujuk kepada maksud pembiayaan semula pinjaman perumahan.

Asasnya, refinance rumah sepatutnya dapat meringankan beban kewangan membayar balik hutang, bukan menambah amaun bayaran balik hutang.

Baca juga: TUKAR FONT TULISAN ONLINE : CARA TUKAR FONT (WHATSAPP / FACEBOOK / INSTAGRAM)

CARA REFINANCE RUMAH LPPSA / BANK

Jika ingin buat pembiayaan semula rumah, pastikan anda pergi beberapa bank untuk mendapatkan sebut harga dan cadangan untuk pembiayaan semula. Jangan terus ambil bank yang sekarang, iaitu bank yang anda sedang buat pembiayaan.

Antara bank yang boleh membuat urusan refinance rumah ialah:

Pastikan anda buat semua perkara ini supaya proses refinance rumah anda menjadi lebih lancar:

  1. Perlu Memiliki Rumah
  2. Semak Market Value / Harga Pasaran Rumah
  3. Cetak CCRIS Report
  4. Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan
  5. Permohonan Pinjaman Perumahan
  6. Banding Produk Pinjaman Perumahan
  7. Semak Lock-in Period
  8. Tandatangan Bank Offer Letter
  9. Bank Valuer Buat Site Visit

PROSES REFINANCE RUMAH

  • Pastikan kita tahu apa proses pembiayaan semula rumah.
  • Buat sedikit kajian dengan membaca. Jangan terus buat sahaja.

1.Tetapkan Sasaran Kewangan

Anda perlu pastikan, apakah tujuan sebenar anda untuk refinance rumah.

  • Adakah untuk kurangkan pembayaran bulanan housing loan?
  • Adakah mahu memendekkan tempoh masa bayar hutan?
  • Adakah mahu ambil sedikit duit untuk perbaiki rumah yang rosak?
  • Atau adakah mahu dapatkan sedikit wang untuk bayar hutang?

2.Check Nilai Pasaran Rumah Sekarang

Ini juga sangat mustahak. Anda perlu ada maklumat mengenai nilai pasaran semasa rumah anda sebelum membuat refinance.

Ada banyak cara dan pelbagai sumber untuk mengetahui harga pasaran rumah sama ada melantik agen penilai hartanah atau membuat semakan sendiri mengenai nilai hartanah di kawasan anda.

3.Semak Rekod CCRIS

CCRIS merujuk kepada sistem yang diwujudkan Bank Negara Malaysia dikenali sebagai Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (Central Credit Reference Information System) bertujuan merekod dan menilai tahap “kesihatan kredit” seseorang.

Biasanya ramai orang risau apabila berkait dengan CCRIS. Apapun, jika anda mahu refinance rumah, mahu tidak mahu anda perlu menyemak dan mengetahui status kredit lampau dan kredit semasa.

Ini kerana, apabila anda mengemukakan permohonan kepada bank untuk refinance rumah, CCRIS adalah antara pusat rujukan utama bagi institusi kewangan itu untuk mengetahui sama ada anda kompeten (layak) atau tidak dari sudut kredit dan kewangan.

Leave a Comment