PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM150 BUJANG 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
Kerajaan juga menitikberatkan kategori bujang di Malaysia dengan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan untuk membantu rakyat dari kategori bujang dalam menghadapi isu kos sara hidup yang semakin tinggi. Bantuan wang tambahan sebanyak RM150 akan disalurkan kepada kategori bujang yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan tambahan rm150 bujang 2024? Ikuti panduan permohonan di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN E TUNAI 100 MADANI : TEBUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN RM150 BUJANG
Bantuan tambahan RM150 untuk kategori bujang adalah merupakan bantuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barang keperluan asas setiap bulan. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam kad Pengenalan diri (Mykad) untuk dibelanjakan di kedai atau pasaraya terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BUJANG 2024
Untuk memohon bantuan ini, anda haruslah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Bujang belum berkahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak (tanggungan) yang menepati syarat;
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.
- Berada dalam data e-Kasih.
- Berstatus lulus Bantuan STR.
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
LANGKAH MENGGUNAKAN BANTUAN RM150 BUJANG
Berikut merupakan langkah-langkah pembelian dengan menggunakan Bantuan Tambahan RM150 Bujang :
- Pilih kedai berhampiran anda, semak senarai kedai terpilih [Di Sini].
- Kemudian, pilih barangan keperluan berdasarkan 10 kategori yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjukkan Mykad kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM150 BUJANG
Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di sini : https://kerajaanonline.com/my-kasih-register/.
SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM150 BUJANG
Ikuti cara semakan Bantuan Tambahan untuk kategori bujang, seperti di bawah berikut :
- Layari Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah(SARA)] [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoht : 85XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Tambahan RM150 Bujang.
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
Bujang
Untuk membeli barangan keperluan harian
Untuk membeli BRG anak dan BRG basah