CHECK BANTUAN E TUNAI 100 MADANI 2023 : TEBUS SEKARANG
Kerajaan akan memberikan bantuan wang tambahan sebanyak RM100 kepada 10juta rakyat Malaysia secara e-Tunai melalui aplikasi e-dompet yang disenaraikan. Bantuan ini yang diberi nama eMADANI merupakan kesinambungan Bantuan eBeliaRahmah yang hanya diberikan kepada belia dan mahasiswa terdahulu.
Bagaimanakah cara check bantuan e-tunai 100 madani 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN EMADANI RM100 : CHECK STATUS SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E TUNAI 100 MADANI
Untuk memohon bantuan e-Tunai RM100 MADANI, anda haruslah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023.
- Pendapatan RM100,000 ke bawah setahun.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Bukan Penerima eBeliaRahmah.
TEMPOH TEBUS / SAH GUNA
Berikut merupakan tempoh tebus dan tempoh sah guna bantuan e-Tunai RM100 MADANI yang telah ditetapkan seperti di bawah :
- Tempoh tebus : 04/12/2023 hingga 20/02/2024.
- Tempoh sah guna : 04/12/2023 hingga 29/02/2024.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN E TUNAI MADANI
Bantuan RM100 MADANI hanya boleh DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA di kedai terpilih dan TIDAK BOLEH digunakan untuk :
- Pengeluaran tunai.
- Pemindahan wang.
- RFID & PayDirect di pintu tol.
- Urusniaga dalam talian, termasuk peniaga luar negara.
- Bayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit game.
SENARAI KEDAI TERPILIH
Berikut merupakan senarai kedai fizikal terpilih yang boleh membuat pembelian dengan menggunakan bantuan e-Tunai RM100 MADANI :
- Mr.DIY.
- TeaLive.
- 7eleven.
- Aeon Mall.
- 99 speedmart.
- Coffe Bean.
- Daiso.
- MYDIN.
- Watson.
- Dan banyak lagi.
BANTUAN E TUNAI 100 MADANI 2023
Berikut merupakan cara tebus Bantuan e-Tunai RM100 MADANI 2023, seperti di bawah :
- Pilih salah satu daripada empat (4) aplikasi yang biasa anda gunakan seperti senarai di bawah :
- Touch ‘n Go e-Wallet.
- MAE Maybank.
- Setel Petronas.
- ShopeePay.
- Sekiranya anda belum mempunyai salah satu aplikasi di atas, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
- Sila daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
- Sekiranya anda menggunakan [Touch ‘n Go e-Wallet], sila buka aplikasi tersebut.
- Kemudian, klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
- Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
- Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
- Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
- Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti Alamat, Tahap pelajaran, Jenis pekerjaan, anggaran Gaji Kasar.
- Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
- ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
- Selesai.
INFO LANJUT
Segala maklumat yang kami kongsikan di atas adalah untuk memudahkan anda, semoga bermanfaat. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.