PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 2024 : DAFTAR SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 2024 : DAFTAR SEKARANG

Kerajaan berusaha untuk meningkatkan peruntukkan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, Kerajaan akan mengambil pendekatan dengan menyasar semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berfasa dan sebahagian daripada hasil penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan bantuan tunai.

Bantuan tunai yang disalurkan adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM3,700.

Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup rm3700 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

KAEDAH / TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Pembayaran Bantuan Sara Hidup kepada penerima adalah berbeza mengikut jenis bantuan seperti di bawah berikut :

SUMBANGAN TUNAI
RAHMAH (STR)
SUMBANGAN ASAS
RAHMAH (SARA)
Kaedah Pembayaran :
Dikreditkan ke dalam akaun
bank penerima secara
berfasa.
Kaedah Bayaran :
Dikreditkan ke dalam Mykad
penerima setiap bulan
selama tempoh 12 bulan.
Fasa 1 : Februari 2024
Fasa 2 : April 2024
Fasa 3 : Ogos 2024
Fasa 4 : November 2024
Bayaran pertama : Januari 2024
setiap bulan sehingga
Bayaran akhir : Disember 2024

AMAUN BANTUAN SARA HIDUP MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Jumlah / amaun Bantuan Sara Hidup adalah diberikan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah berikut :

  • ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH) :
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH
(STR)
SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
(SARA)
JUMLAH
BANTUAN
RM1,000
(0 anak)
RM1,200RM2,200
RM1,500
(1-2 anak)
RM1,200RM2,700
RM2,000
(3-4 anak)
RM1,200RM3,200
RM2,500
(5 ke atas)
RM1,200RM3,700
  • ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000) :
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH
(STR)
SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
(SARA)
JUMLAH
BANTUAN
RM500
(0 anak)
RM300RM800
RM750
(1-2 anak)
RM300RM1,050
RM1,000
(3-4 anak)
RM300RM1,300
RM1,250
(5 ke atas)
RM300RM1,550
  • WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) :
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH
(STR)
SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
(SARA)
JUMLAH
BANTUAN
RM600RM150RM750
  • BUJANG (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) :
SUMBANGAN
TUNAI RAHMAH
(STR)
SUMBANGAN
ASAS RAHMAH
(SARA)
JUMLAH
BANTUAN
RM350RM150RM500

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak perlu membuat permohonan kerana kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja). Berikut merupakan cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :

  1. Sila layari Portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
  2. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.
  3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  4. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  5. Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  6. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  7. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  9. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  10. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  11. Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  12. Tekan [Hantar].
  13. Permohonan anda berjaya dihantar.
  14. Selesai.

*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR dan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Bantuan STR :
    • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
    • Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
    • E-mel : str@mof.gov.my
  • Bantuan SARA :
    • Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
    • Emel : info@mykasih.com.

4 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 2024 : DAFTAR SEKARANG”

    • Program ini sangat baik bagi membantu mereka yang mengalami sumber kewangan yang susah dan miskin dalam menjalani kehidupan seharian lebih² lagi pada mereka yang duduk kawasan pendalaman (kampong)

      Reply
  1. Program ini sangat baik bagi membantu mereka yang mengalami sumber kewangan yang susah dan miskin dalam menjalani kehidupan seharian lebih² lagi pada mereka yang duduk kawasan pendalaman (kampong)

    Reply

Leave a Comment