PERMOHONAN BANTUAN E WALLET 2023 : RM300 SEBULAN
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bantuan kewangan di peringkat Persekutuan dan Negeri untuk membantu golongan yang memerlukan. Antara insiatif bantuannya adalah bantuan e Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.
Bagaimanakah permohonan bantuan e wallet 2023 RM300 sebulan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BANTUAN STR : SECARA ONLINE
APA ITU E WALLET RM300
E wallet RM300 adalah sebuah bantuan dalam bentuk urusniaga pembelian tanpa tunai (cashless) untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya yang berdaftar. Bantuan e Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik dan baki pembelian pada bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E WALLET RM300
- Warganegara Malaysia.
- Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
- keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan kebawah.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
SENARAI KEPERLUAN ASAS E WALLET
Berikut merupakan senarai keperluan asas yang boleh menggunakan e Wallet RM300 seperti berikut :
- Beras, mi dan bihun.
- Roti dan biskut.
- Telur.
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
- Barangan persekolahan.
- Perihal pendidikan.
PERMOHONAN BANTUAN E WALLET
CARA PERMOHONAN BANTUAN E WALLET RM300 SEBULAN 2023 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
- Kemudian, klik pada bahagian [DAFTAR PERMOHONAN] di bawah.
- Klik [Daftar Sekarang] atau sekiranya anda telah mempunyai akaun BINGKAS sila masukkan Nombor telefon dan Kata Laluan di ruangan yang di sediakan.
- Seterusnya, masukkan Nombor Telefon dan klik butang [TERUSKAN].
- Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.
- Masukkan Nombor OTP yang anda terima dan tekan [Sahkan OTP].
- Anda telah berjaya Log Masuk, seterusnya klik butang [X].
- Sila isi semua maklumat yang bertanda [*] diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Kemudian, klik [TERUSKAN].
- Tandakan pada maklumat yang berkenaan dan klik [TERUSKAN].
- Seterusnya [Choose File] untuk muat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan dan tekan [TERUSKAN].
- Kemudian, tandakan pada kotak [PERSETUJUAN] dan [HANTAR].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN E WALLET
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk kemukakan permohonan BINGKAS e Wallet RM300 :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
RUJUKAN
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut boleh ajukan kepada pihak berwajib BINGKAS di sini : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami. Pihak kami hanya memberikan informasi untuk memudahkan carian anda.
Bagai mna Cara nya Nak daftar pemohon bantuan ewallet
Saya mahu bantuan TnG ewellet rahimah
Macam mana cara dia
Saya perlu sangat bantuan ini
Mcm mna cara nak dapat kn bantuan tu
Bagaimana daftar bingkas
Bnyak membantu rakyat
this is a scam, dont register anything