MYTUKAR BUY CAR : CARA JUAL KERETA DI MYTUKAR
Ramai yang hendak membeli kenderaan baharu bagi menggantikan kereta lama.
Dengan ratusan iklan kenderaan baharu dan artikel-artikel mengenai pelancaran model-model terkini, memang semangat untuk menukar kenderaan itu meruap-ruap.
Sayangnya satu masalah yang sering dihadapi ialah proses untuk “MENJUAL” kenderaan lama kita.
Sekiranya anda pemilik kereta yang ingin menjual kenderaan anda, seharusnya anda perlukan pembeli yang betul dan juga perlu membandingkan kadar pasaran untuk harga terbaik, sambil menguruskan kertas kerja yang perlu dan dokumentasi yang lancar.
Baca juga artikel lain : KULIM SMART PARKING APPKULIM SMART PARKING APP : CARA DAFTAR / GUNA / BAYAR
Selama ini kita ada beberapa cara tradisional untuk itu. Antara yang paling lazim ialah:
TRADE IN
- Ini cara paling mudah tetapi dalam keadaan semasa, banyak syarikat kenderaan yang tidak mahu melakukan Trade In atau tukar beli kerana pasaran kenderaan terpakai yang lemah untuk beberapa jenis kenderaan.
- Jika ada pun, nilai yang ditawarkan oleh syarikat kenderaan jauh lebih rendah dari harga semasa dan ini merugikan.
JUAL DI RUANG IKLAN
- Kita sudah ada platform pengiklanan atas talian di mana kita muat naik gambar-gambar kenderaan kita dan spesifikasi serta harganya.
- Ruangan “classifieds” ini memang berkesan, cuma dua masalah yang sering dihadapi ialah harga yang ditawarkan rendah kerana yang yang hendak membeli ialah syarikat kereta terpakai sendiri.
- Masalah kedua ialah jika ada yang hendak membeli, proses pertukaran nama, pembayaran baki pinjaman dan pemeriksaan kenderaan memerlukan masa dan sering kedua-dua pihak tidak mahu melakukannya.
Jadi untuk memudahkan urusan anda menjual kenderaan terkini anda boleh menggunakan platform myTukar Buy Car. Bagaimana cara untuk jual menggunakan myTukar? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU MYTUKAR
myTukar merupakan online platform jual kereta yang dipercayai dan telus, menyediakan ruang untuk semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan pembeli melalui myTukar.com iaitu platform pembidaan kereta yang paling berkesan dan cekap dalam talian.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Hanya memerlukan pemilik kereta untuk menghantar maklumat
- Nama Penuh
- Nombor pendaftaran kereta
MYTUKAR BUY CAR
CARA JUAL KERETA DI MYTUKAR
Untuk melakukan proses jual kereta anda dalam my Tukar, berikut adalah caranya:
- Layari pautan sesawang my Tukar: https://mytukar.com/?gclid=CjwKCAiA6aSABhApEiwA6Cbm_9SJABl8oaEs3_-xhLDsrlX64RiIKu0gZh6T2iagUBdR_9mpUMvNdRoCZbMQAvD_BwE
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk menempah masa pemeriksaan kereta di kawasan berdekatan dengan rumah anda.
- Sebaik sahaja tempahan diterima, pasukan myTukar akan menghantar email pengesahan
- Pastikan semasa pemeriksaan anda membawa —-Kereta yang hendak dijual
-Kunci termasuk kunci pendua
-AP, borang K1 & JK69 bagi kenderaan recond. - Setelah pemeriksaan siap (anggaran 30-40minit), eksekutif myTukar akan bertanyakan kepada anda berapa harga yang anda mahukan untuk memulakan proses lelongan.
- Kereta yang melepasi pemeriksaan akan disenaraikan di laman myTukar untuk dibida oleh pembeli yang berminat pada harga yang dimahukan oleh anda dalam tempoh 24 jam.
PROSES PEMBIDAAN KERETA MYTUKAR
Berikut adalah merupakan proses pembidaan kereta anda:
- Pembidaan secara live melalui pautan email yang diberikan.
- Proses pembidaan akan berjalan selama 1 jam 45 minit untuk sesi pertama. Sekiranya kereta anda tiada pembida buat kali pertama, jangan risau kerana ia akan dibida pada sesi seterusnya.
- Sekiranya kereta anda berjaya dibida, anda akan mendapat satu email tambahan dari my Tukar bagi meminta persetujuan anda. Jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, anda perlu klik butang Accept bagi menerima tawaran harga.
- my Tukar mengenakan bayaran RM500 bagi proses bidaan, tapi jika anda boleh menghantar kereta anda ke cawangan my Tukar dalam tempoh 3 hari selepas penerimaan harga, proses ini akan dikenakan caj sebanyak RM 250 sahaja.
- Apabila anda menghantar kereta ke cawangan my Tukar untuk serahan, terdapat satu borang iaitu Bills of Sales yang perlu ditandatangan oleh pemilik kereta serta proses cop jari untuk pindah milik sementara. Ketika ini anda perlu mendapatkan penyata Full Settlement dari bank pinjaman untuk diserahkan pada my Tukar
- Bayaran penuh akan dihantar ke akaun pemilik dalam tempoh 24jam dan anda perlu membuat bayaran penuh ke bank pinjaman. Baki duit kalau ada, adalah menjadi milik anda.
- Satu salinan Tukar Milik Sementara akan dihantar pada anda untuk disimpan. Jika anda masih ada perlindungan takaful, anda boleh surrender polisi takaful anda pada syarikat takaful. Dalam proses ini penulis berjaya mendapat mendapat bayaran balik sebanyak RM 374.
RUJUKAN
Sell to Us Enquiries
+6018 – 227 1999
Buy from Us Enquiries
+6018 – 224 9999
Referral Program Enquiries
+6018 – 205 9999
Unit 3B-10-01, Level 10,
Tower 3B, UOA Business Park,
No 1 Jalan Pengaturcara U1/51A,
Section U1, 40150 Shah Alam,
Selangor D.E., Malaysia. (HQ)