LOG MASUK STR 2023 : CARA LOGIN
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR, adalah inisiatif bantuan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menyalurkan bantuan wang tunai secara berfasa dan berperingkat. Bantuan ini adalah khas kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah cara log masuk str 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN STR BUJANG : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI
KATEGORI STR
Berikut adalah kategori yang layak menerima Bantuan STR 2023 :
- Isi rumah B40 (Pendapatan RM2,500 ke bawah).
- Isi rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000).
- Warga emas tiada pasangan (Had umur 60 keatas).
- Bujang / Janda / Duda / Balu tiada anak (pendapatan individu RM2,500 ke bawah).
TARIKH BAYARAN STR
Berikut merupakan jadual tarikh pembayaran STR 2023, seperti di bawah :
FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
FASA 1 | 17 Januari 2023 |
FASA 2 | 5 April 2023 |
FASA 3 | 26 Jun 2023 |
FASA 4 | 7 November 2023 |
LOG MASUK STR
PAUTAN RASMI MYSTR |
---|
https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ |
- Klik pada pautan di atas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad mySTR.
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa Keselamatan pemohon betul.
- Masukkan Kata Laluan pemohon dengan betul.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Portal.
- Anda boleh meneruskan sebarang urusan di Portal.
- Selesai.
LUPA KATALALUAN LOG MASUK STR
Sekiranya anda terlupa atau hilang kata laluan untuk login mySTR, ikuti panduan reset semula kata laluan di bawah ini :
- Pergi ke pautan mySTR seperti di atas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [TERLUPA KATA LALUAN?].
- Anda akan dipaparkan bahagian Soalan Keselamatan.
- Kemudian, klik [Semak].
- Jawab soalan keselamatan dengan betul.
- Anda akan menerima e-mel (Kata Laluan Baru).
- Kemudian, sila ubah kata laluan anda sendiri.
- Selesai.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan mySTR :
- Hubungi talian hotline : 03 8882 4565
- E-mel : str@treasury.gov.my.