BANTUAN STR BUJANG 2024 : PERMOHONAN BARU & KEMASKINI
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif bantuan oleh kerajaan dalam bentuk tunai untuk disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai kategori (isi rumah B40 dan M40, bujang, dan warga emas). Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa. Permohonan baru dan kemaskini permohonan lama telah dibuka.
Bagaimanakah cara permohonan baru dan kemaskini bantuan str bujang 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CEK BANTUAN STR FASA 4 : SEMAK BAYARAN
KADAR BANTUAN STR BUJANG 2024
Berikut merupakan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori bujang adalah sebanyak :
KADAR STR BUJANG |
---|
RM350 |
SYARAT KELAYAKAN BUJANG
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk kategori bujang, seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Had umur 21 hingga 59 tahun.
- Bujang belum berkahwin / Janda / Duda / Balu yang tidak mempunyai anak.
- Berpendapatan individu RM2,500 ke bawah setiap bulan.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
PERMOHONAN BARU BANTUAN STR BUJANG
Ikuti cara permohonan baru seperti di bawah berikut :
- Sila layari portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR LHDNM; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Sila pilih status sebagai [Bujang].
- Kemudian, muat naik dokumen yang diperlukan; seperti gambar Mykad pemohon.
- Klik butang [Muat naik].
- Pilih [Maklumat Waris] jika ada.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
KEMASKINI BANTUAN STR BUJANG
Berikut merupakan cara kemaskini bantuan STR 2024 :
- Sila layari portal rasmi MySTR seperti di atas.
- Klik butang [Log Masuk] untuk membuat kemaskini permohonan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [No MyKad].
- Kemudian klik [Semak].
- Klik [Ya] jika Kata kunci keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan pemohon dengan betul.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama mySTR.
- Klik pada [Kemas Kini Permohonan].
- Isikan semua maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
- Masukkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemudian, tekan butang [Muat naik].
- Klik butang [Teruskan].
- Masukkan kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan dan tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Tandakan pagi kotak perakuan [/].
- Seterusnya, tekan pada butang [Hantar].
- Permohonan anda telah berjaya dikemaskini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my