LANGKAH MOHON DAN SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

LANGKAH MOHON DAN SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

 

APA ITU PPAM?

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan
berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik
dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.
Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan
dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.

Oleh itu, Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia (SPPAM) diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan PPAM. Melalui sistem ini, semua permohonan dan penawaran akan dilakukan secara
berpusat.

Jadi artikel ini akan menerangkan secara ringkas dan jelas mengenai langkah mohon dan semak status perumahan penjawat awam.

BACA JUGA :  SENARAI PELEPASAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2021/2022 UNTUK PENGURANGAN SEMASA MENGISI E-FILING LHDN

LANGKAH MOHON DAN SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

 

SYARAT KELAYAKAN

 

 

CARA MENDAFTAR AKAUN SPPAM

Semua penjawat awam yang ingin memohon Perumahan Penjawat Awam Malaysia
perlu mendaftarkan akaun untuk mengakses SPPAM.

Bagi pemohon yang telah mempunyai akaun sebelum ini, anda boleh mengakses
sistem dengan menggunakan kata laluan yang sama didaftar.

Langkah 1 : Layari Portal PPAM di http://www.ppam.gov.my seperti rajah di bawah.

LANGKAH MOHON SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

Langkah 2 : Klik pada pautan ‘Daftar’ di bahagian atas sebelah kiri portal.

Langkah 3 : Masukkan maklumat berkenaan pengguna di ruangan yang disediakan
seperti rajah di bawah.

LANGKAH MOHON SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

Langkah 4 : Klik butang DAFTAR. Emel akan dihantar seperti di bawah.

LANGKAH MOHON SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

Langkah 5 : Klik pada butang AKTIFKAN AKAUN. Paparan adalah seperti rajah di atas.

Langkah 6 : Masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan set kata laluan
pengguna. Kata laluan mestilah sekurang-kurangnya 6 aksara.

LANGKAH MOHON SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

 

LOG MASUK

Langkah 1 : Masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan kata laluan di
ruangan seperti rajah di bawah.

LANGKAH MOHON SEMAK STATUS PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

Langkah 2 : Klik butang LOG MASUK.

Langkah 3 : Klik checkbox Ingat Kata Laluan sekiranya pengguna mahu menyimpan
kata laluan dalam pelayar yang digunakan.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN DAN SEMAKAN PPAM

  • Bagi semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.
  • Tiada borang secara manual diperlukan.
  • Pemohon boleh merujuk manual pengguna dengan cara ini: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf
  • Untuk melihat senarai projek perumahan beserta dengan harga yang dibuka pada masa ini, anda boleh layari portal di bawah:- https://www.ppam.gov.my/project/list
  • Status permohonan boleh disemak di portal PPAM & melalui aplikasi mobile & rujuk status permohonan:-
    • Lengkap : Sedang disemak oleh pihak PPAM.
    • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
    • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
    • Tidak Ditawarkan : Permohonan adalah tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.
  • Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 dari hari iklan ditutup di laman web PPAM & tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Muat turun aplikasi SPPAM di sini :-

Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.ppam

Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/ppam/id1483010194

Huawei App Gallery : https://appgallery.huawei.com/#/app/C103903179

GAMMA : https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/661

 

SOALAN LAZIM

Untuk menjawab persoalan anda mengenai PPAM, sila layari https://www.ppam.gov.my/application/questions bagi mengetahui perkara yang sering dipertanyakan mengenai PPAM.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai projek PPAM ini, anda boleh menghubungi dengan cara dibawah:-

  1. CAWANGAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
    BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
    JABATAN PERUMAHAN NEGARA
    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya
    Malaysia
  2. No telefon : +603-8891 4280 / 4012 / 4241
  3. E-mail : bantuan.ppam@kpkt.gov.my

 

 

 

Leave a Comment