JIKA SSM HILANG : CARA PRINT / DAPATKAN SEMULA SIJIL

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

JIKA SSM HILANG : CARA PRINT / DAPATKAN SEMULA SIJIL

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan satu portal MyData SSM iaitu satu platform atas talian yang bertujuan untuk memudahkan pengguna mengakses data perniagaan dengan satu akses elektronik. Pelancaran MyData SSM ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh

Bagi Pengguna SSM, anda tidak perlu khuatir jika sijil ssm hilang, rosak dan mempunyai kekangan masa untuk mendapatkannya semula. Dengan menggunakan MyData, anda boleh download sijil ssm secara online dengan mudah dan pantas tanpa perlu beratur di kaunter.

Di sini, dikongsikan cara-cara untuk dapatkan semula sijil ssm yang hilang dan cetak ssm online.

Baca juga : KEMASKINI SSM ONLINE : PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN SSM (EZBIZ)

MYDATA SSM

MyData merupakan satu produk yang diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mencari maklumat secara online dengan pendaftaran terkini, mendapatkan maklumat mengenai kedudukan kewangan perniagaan dan penglibatan produktif Syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian.

Antara data yang boleh dapatkan di MyData adalah

  • Profil Syarikat dan Perniagaan.
  • Sijil SSM
  • Sijil Pertukaran Status Syarikat
  • Profil Perniagaan

CARA DAPATKAN SEMULA SIJIL SSM

Untuk dapatkan kembali semula Sijil SSM anda, jika SSM hilang, terdapat dua langkah yang perlu dilakukan.

Langkah 1 – Daftar MyData (Sekiranya anda telah berdaftar, terus ke langkah 2)

  1. Layari pautan MyData: https://www.mydata-ssm.com.my/login
  2. Klik pada Sign Up
  3. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • Username (gabung huruf dan nombor tanpa space)
    • Fullname
    • Email Address
    • Account Name
    • Password
    • Confirm Password
    • Address
    • Phone No
    • User Category (Individu/Syarikat)
  4. Setelah lengkap, klik pada I’M Not a Robot. Tick pada terma dan syarat, dan klik pada Sign Up
  5. Pendaftaran MyData anda selesai.

CARA DOWNLOAD SIJIL SSM

CARA PRINT SIJIL SSM 

CARA PRINT SIJIL SSM ONLINE

CARA PRINT SSM HILANG

CARA PRINT SEMULA SIJIL SSM

CARA PRINT SALINAN SSM

REPRINT SSM

Langkah 2 – Dapatkan Sijil SSM di MyData

  1. Layari pautan MyData: https://www.mydata-ssm.com.my/login
  2. Log Masuk akaun MyData dengan Username dan Password anda
  3. Pada paparan utama MyData, taipkan kata kunci Nama Syarikat atau No Pendaftaran Syarikat.
  4. Klik pada nama syarikat yang anda inginkan
  5. Seterusnya klik pada Business Certificate. Terdapat Sijil SSM syarikat yang boleh dibeli berserta harga:
    • Main – Syarikat utama, RM20
    • Branch – Cawangan(sekiranya ada), RM20
  6. Pada bahagian Language, pilih bahasa yang anda inginkan pada Sijil SSM anda
    • MY – Bahasa Malaysia
    • EN – Bahasa English
    • BOTH – Keduanya2
  7. Setelah selesai klik pada Add To Cart.
  8. Seterusnya klik pada Cart dan klik Checkout
  9. Akan terpapar jumlah sebenar yang perlu dibayar dan klik pada Go To CheckOut untuk proses pembayaran
  10. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan:
    • Credit/Debit card
    • Online banking
    • eWallet
  11. Setelah selesai proses pembayaran, akan terpapar pada bahagian Document Output di MyData anda.
  12. Klik PDF pada Document Output untuk memuat turun Sijil SSM anda. (Sijil SSM PDF)
  13. Selesai

RUJUKAN

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai cara dapatkan kembali sijil SSM yang hilang atau rosak, anda boleh layari website MyData di pautan https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

Leave a Comment