EGTUKAR : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS PERTUKARAN GURU 2022
Untuk pengetahuan anda, keputusan pertukaran guru bagi sesi 2021 boleh disemak melalui portal eGTukar dan sudah dimaklumkan bahawa keputusan eGTukar akan diumumkan pada 6 Disember 2021.
Artikel di bawah akan menjelaskan cara-cara membuat permohonan dan semakan serta statistik terkini permohonan pertukaran guru secara dalam talian bagi sekolah rendah dan menengah.
BACA JUGA : PERMOHONAN PENGAMBILAN KHAS GURU DG41 SECARA KONTRAK 2021
APA ITU eGTukar ?
eGTukar adalah salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah jabatan Pengurusan Guru.
Sistem EGtukar bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun 2021/ 2022 iaitu yang terkini Sesi Jun 2021 di seluruh negeri Malaysia akan dibuka kepada capaian atas tujuan semakan keputusan status kelulusan dan penempatan kepada guru-guru yang telah membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan
Pemohon boleh mengakses eGTukar melalui laman web https://epgo.moe.gov.my
GURU-GURU YANG BOLEH MEMOHON PERTUKARAN MELALUI eGTukar
Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada :-
- Guru Cemerlang
- Guru Tingkatan 6
- Guru Penolong Gred DG29
- DG32 (KUP Time-based)
- DG34 (KUP Time-based)
- DG38 (KUP Time-based)
- DG41 (KUP Time-based)
- DG42 (KUP Time-based)
- DG44 (KUP Time-based)
- DG48 (KUP Time-based)
- DG52 (KUP Time-based)
- DG54 (KUP Time-based)
KRITERIA UTAMA UNTUK MOHON PENUKARAN
Menurut pekeliling, 3 kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon adalah:
- Kekosongan jawatan
- Kepentingan perkhidmatan
- Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
STATISTIK PERTUKARAN ANTARA NEGERI – SESI JUN 2020


EGTUKAR : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS PERTUKARAN GURU 2022
CARA MOHON PERTUKARAN GURU 2022
1. DAFTAR MASUK
Layari laman web eGTukar di pautan : https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
2. TERIMA BUTIRAN PENDAFTARAN
Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
3. LOG MASUK
Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP.
4. MOHON PERTUKARAN
Pengguna yang ingin memohon pertukaran boleh membuat permohonan dalam tarikh yang ditetapkan.
Adalah dimaklumkan bahawa maklumat pemohon perlu dikemaskini melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru eOperasi sebelum permohonan pertukaran dibuat.
5. LOG KELUAR
Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan LOG KELUAR bagi menamatkan sesi penggunaan sistem.
Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan.
CARA SEMAK STATUS PERTUKARAN GURU 2022
Tarikh semakan keputusan eGTukar adalah pada 6 Disember 2021.
Semakan boleh dibuat melalui pautan https://epgo.moe.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT DAN SOALAN LAZIM (FAQ)