DAFTAR E MADANI 2023 : CLAIM EWALLET SEKARANG
Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan wang tambahan secara e-Tunai melalui aplikas e-dompet yang terpilih kepada 10 juta rakyat Malaysia. Bantuan ini diberi nama eMADANI iaitu di bawah kerangka Ekonomi Madani : Rakyat Sejahtera.
Bagaimanakah cara daftar e madani 2023? Ikuti panduan lengkap di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 1200 MYKAD : MOHON ONLINE SEKARANG
APAKAH APLIKASI E DOMPET TERPILIH
Bantuan eMADANI 2023 akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-dompet terpilih yang disenaraikan di bawah :
- Touch ‘n Go e-Wallet.
- MAE Maybank.
- Setel Petronas.
- ShopeePay.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN EMADANI
Jumlah bantuan eMADANI yang akan dikreditkan adalah sebanyak RM100 seorang dan terhad kepada 10 juta rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
BILAKAH BOLEH TEBUS / DAFTAR BANTUAN E MADANI
Untuk menebus / daftar Bantuan eMADANI telah dibuka bermula 4 Disember 2023 (Isnin) dan tempoh penebusan / pendaftaran adalah terhad sehingga 20 Februari 2024 sahaja.
DIMANAKAH BOLEH DIGUNAKAN E MADANI
Bantuan eMADANI hanya boleh digunakan untuk bebelanja dikedai-kedai fizikal terpilih dengan membuat pembayaran secara mengibas kod QR. Berikut adalah kedai terpilih :
- Mr.DIY.
- TeaLive.
- 7eleven.
- Aeon Mall.
- 99 speedmart.
- Coffe Bean.
- Daiso.
- MYDIN.
- Watson.
- Dan banyak lagi.
BAGAIMANAKAH CARA DAFTAR E MADANI
Ikuti cara daftar / tebus bantuan eMADANI RM100 2023, seperti di bawah berikut :
- Pilih salah satu daripada empat (4) aplikasi yang biasa anda gunakan seperti senarai di atas.
- Sekiranya anda belum mempunyai salah satu aplikasi di atas, sila muat turun di apps store / play store dalam telefon bimbit anda.
- Sila daftar akaun dan isikan semua maklumat yang diperlukan.
- Sekiranya anda menggunakan [Touch ‘n Go e-Wallet], sila buka aplikasi tersebut.
- Kemudian, klik pada [Claim your RM100 eMADANI credit now!] pada bahagian halaman utama (HOME).
- Anda akan dipaparkan pada Baucar yang ditawarkan.
- Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Tuntut Sekarang!].
- Kemudian, anda akan dipaparkan bahagian Mykad, sila semak butiran Mykad anda.
- Tandakan [/] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti Alamat, Tahap pelajaran, Jenis pekerjaan, anggaran Gaji Kasar.
- Seterusnya, tanda [/] setuju dan [Hantar].
- ‘Tuntutan eMADANI anda akan diproses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang berkaitan di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan eMADANI, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
ShopeePay : +603-2777 9222.
Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.
Bagai mne Sye blh dptkn