BANTUAN 1200 MYKAD 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Untuk tahun 2024, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan yang disalurkan ke dalam mykad. Bantuan ini akan dinaikkan kadar sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja. Bantuan ini memanfaatkan seramai 700,000 rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara mohon online bantuan 1200 mykad 2024? Ikuti panduan cara mohon di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 100 MYKAD : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN 1200 MYKAD 2024
Kerajaan akan membayar / kreditkan bantuan RM1,200 ke dalam Mykad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan. Bantuan ini akan mula dikreditkan bermula seawal bulan Januari 2024 sehingga Disember 2024.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN 1200 MYKAD 2024
Menurut pembentangan bajet 2024, bantuan ini akan memanfaatkan seramai 700,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kategori seperti Isi Rumah Miskin Tegar, Isi Rumah Miskin, Isi Rumah Asas (bukan miskin / miskin tegar), kategori Bujang dan juga Warga Emas.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Bantuan akan disalurkan mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah berikut :
- Kategori Miskin Tegar : RM1,200.
- Kategori Miskin : RM1,200.
- Kategori Isi Rumah Asas : RM300.
- Kategori Bujang & Warga Emas : RM150.
APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK MOHON BANTUAN 1200 MYKAD
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Berada dalam data e-Kasih.
- Berstatus lulus Bantuan STR.
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
BAGAIMANAKAH CARA MOHON BANTUAN 1200 MYKAD 2024
Berdasarkan kenyataan pada soalan lazim di Portal Rasmi Mykasih, anda tidak perlu mengemukakan permohonan kerana kelayakan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih; atau sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di pautan di SINI : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan ini.
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
Help me for cara memohonan Sara hidup
Mohon sara hidup
Mohon bantuan 1200 MyKad 2024
saya ada daftar dgn ekasih dapat str x kerja tapi x dapat bantuan sara rm100
Saya balu ank dua,DPT bantuan JKM dan str ..tp bila check status tiada rekod..dan bakul JKM tk pernah DPT pn..kalau di lihat portal kerajaan,banyak bantuan utk anak yatim dan ibu tungl ,tp bila BT semakan,tak layak saja.seperti yg dikata kn isteri PM nk bantu ibu tunggal/balu dan anak yatim..bukti kan ,nama saya dlm kategori tiada rekod🤦🤦 harap tahun 2024 kerajaan tk pilih kasih lah…bukti kn kerajaan emadani
Saya mohon bantuan emadani dan bantuan sara hidup bGi MNE SAYA MAHU DAFTAR UTK THN DEPAN
Saya mohon bantu
Please help me now
Memohon bantuan sara hidup rm1200 2024 saya juga penerima str
Memohon bantuan sara hidup rm1200 2024 saya juga penerima str,saya berumur 63tahun warga mas berkeluarga mempunyai 2 org anak,isteri suri rumahtangga sepenuh masa,saya bersama isteri tiada berkerja tiada pendapatan saya dan isteri mempunyai penyakit keduanya mendapat rawatan di hkl harap pihak dapat pertimbangkan pemohonan saya ini saya harap pemohonan ini diterima terima kasih
Saya Rahimah binti Zakaria ,umur dh nk 63 1 hb 1 ni…tinggal di negeri Kelantan..saya bersama seorang anak lelaki yg kurang bekerja.. pendapatan bgantung dgn JKM sebanyak rm250 sebulan,str ada dpt dan bantuan beras… untuk mohon bantuan warga mas sy susah dapat atau bantuan perniagaan untuk mencuba menambah pendapatan.. tempat tinggal arwah suami ditipu oleh anak tiri sehingga kehidupan saya dan anak menumpang ditanah orang ..jika saya tiada nanti bagaimana pulak dgn nasib anak saya yg akan datang.. pegawai kerajaan berkali kali dtg ambil gambar keadaan rumah saya,tp tiada khabar berita sampai skrg..saya memohon dan merayu kepada jasa baik pihak berkenaan agar dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini agar dpt meringankan sedikit terima kasih…ni hf anak..