CEK DAFTAR MENGUNDI : MY SPR SEMAKAN
Pilihanraya diadakan untuk memilih parti yang akan menerajui tampuk pemerintahan di Malaysia. Lazimnya ianya diadakan setiap 5 tahun sekali. Namun ianya juga akan diadakan mengikut situasi-situasi yang telah termaktub di dalam perlembagaan.
Kini, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara cek daftar mengundi, sila baca artikel yang kami sediakan ini dengan lebih lanjut.
BACA JUGA : PANDUAN LENGKAP BAYAR SAMAN GUNA ATM
SISTEM PENDAFTARAN PEMILIH / PENGUNDI OLEH SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
- Pendaftaran Baru
- pendaftaran pemilih buat pertama kali.
- Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
- permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI PEMILIH
Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan.
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
CARA DAFTAR MENGUNDI ONLINE MELALUI PORTAL MYSPR DAFTAR
SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.
LANGKAH 1 – PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA
Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.
LANGKAH 2 : PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
LANGKAH 3 : ISI BORANG A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
CARA SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ONLINE
Bagi yang telah mendaftar tapi ingin membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://pengundi.spr.gov.my/
- Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
- Tekan butang ‘Semak’.
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Manakala bagi yang belum mendaftar sebagai pemilih, semak dahulu maklumat anda sebelum anda didaftarkan secara automatik pada pautan : https://mysprsppa.spr.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Untuk butiran lanjut tentang MySPR Daftar sila hubungi hotline SPR di
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018