CARA TUNTUT EWALLET RM 150 2022 (BIGPAY/BOOST/SHOPEEPAY/TOUCH N GO)

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

CARA TUNTUT EWALLET RM 150 2022 (BIGPAY/BOOST/SHOPEEPAY/TOUCH N GO)

Untuk makluman anda, menerusi Belanjawan 2022 Kerajaan Malaysia telah melancarkan Program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan serta bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Menerusi program eStart ini, RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur dari umur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di IPT.

Baca juga: SEMAKAN BKM FASA 1 28 MAC 2022 (CHECK STATUS LULUS & TARIKH BAYARAN)

SYARAT KELAYAKAN EWALLET

Apakah syarat kelayakan ewallet 2022?

Rujuk artikel di bawah:

Ini merupakan syarat kelayakan tebus eWallet RM150 eStart :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

CARA TUNTUT EWALLET

Bagaimanakah cara tuntut ewallet RM 150 2022?

Lihat artikel berikut:

CARA TEBUS EWALLET RM150 BIGPAY

  1. Klik Link Tebus eWallet BigPay di sini : https://www.bigpayme.com/ebelia.
  2. Pastikan anda Download/Daftar/Register dan Verify BigPay dahulu. Klik Link Rasmi Daftar Bigpay di sini jika anda masih belum daftar sebelum ini : http://bigpay.link/referrals?referralcode=CILJBKGHCX.
  3. Jika anda sudah selesai Verifikasi ID, anda boleh teruskan untuk Tebus/Claim eStart RM150 ini.
  4. Pada Menu Utama Apps BigPay, klik [PAYMENTS] di bawah sekali aplikasi BigPay anda.
  5. Kemudian, klik [eBelia].
  6. Isi Maklumat Butiran yang diminta. Pastikan anda isi dengan betul, sahih dan lengkap.
  7. Seterusnya, jika anda memenuhi syarat kelayakan dan Maklumat yang diberikan adalah benar dan sahih kredit RM150 akan dimasukkan ke BigPay anda.
  8. Selesai.

CARA TEBUS EWALLET RM150 BOOST

  1. Download Apps Boost terlebih dahulu di sini jika anda masih belum mempunyai Boost : https://myboost.app.link/QhXLPhE57gb?referral_code=ahm24a82.
  2. Sahkan atau Verify akaun Boost anda.
  3. Pastikan Nombor Kad Pengenalan yang digunakan adalah betul.
  4. Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.

CARA TEBUS EWALLET RM150 SHOPEEPAY

  1. Download Apps Shopee terlebih dahulu di sini jika anda masih belum mempunyai ShopeePay : https://shp.ee/2az2p85?smtt=0.0.3.
  2. Sila Aktifkan ShopeePay bagi yang sudah mempunyai akaun Shopee.
  3. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di Homepage Shopee.
  4. Masukkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Masukkan Nombor PIN ShopeePay. (Simpan dan Ingat).
  6. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

CARA TEBUS EWALLET RM150 TOUCH N GO (TNG)

  1. Download apps/aplikasi Touch N Go (TNG).
  2. Hanya SATU (1) ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU(1) akaun TNG eWallet.
  3. Setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU (1) Nombor Telefon Bimbit.
  4. Isikan Maklumat dan Butiran Diri anda dengan lengkap.
  5. Anda akan menerima Kod Pengesahan untuk Verifikasi.
  6. Setelah berjaya Daftar, pemohon boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

Leave a Comment