CARA GUNA APPLE PAY MALAYSIA (HOW TO USE AND SETUP APPLE PAY iPHONE & APPLE WATCH)
Untuk makluman kepada para pengguna alat peranti jenama terkenal di dunia iaitu Apple, kini anda boleh membuat pembayaran secara tanpa tunai atau cashless dan juga tanpa kad debit atau kredit hanya menggunakan alat peranti Apple sama ada iPhone / Apple Watch / iPad / iMac.
Fungsi pembayaran contacless payment ini dikenali sebagai Apple Pay. Dari segi keselamatan pula, penggunaan Apple Pay ini dijamin selamat dimana anda akan diminta memasukkan kod untuk verifikasikan sebarang transaksi yang berlaku.
Untuk pengetahuan anda, buat masa sekarang bank Malaysia yang menyediakan penggunaan Apple Pay ini adalah AmBank, Maybank dan Standard Chartered. Di AmBank, ia sesuai untuk penggunaan kad kredit mereka manakala kad kredit, debit dan juga prabayar disokong oleh Maybank.
Bagaimanakah cara guna Apple Pay Malaysia? How to use and setup?
Artikel lain : TARIKH BAYARAN BKM
APPLE PAY MALAYSIA
Apple Pay Malaysia adalah perkhidmatan pembayaran secara mudah alih melalui alat peranti jenama Apple di Malaysia. Ia adalah kaedah mudah bagi membuat pembayaran tanpa sentuhan yang selamat dengan hanya menggunakan iPhone / Apple Watch / iPad /iMac. Transaksi ini disokong melalui sambungan NFC.
Apple Pay menyediakan wallet digital yang mudah digunakan untuk pembayaran tanpa sentuhan di dalam pusat beli belah, dalam aplikasi, atau pembelian secara online. Malahan, pengguna juga boleh menghantar wang kepada keluarga dan rakan hanya melalui pesanan ringkas.
Apple Pay menggunakan teknologi NFC (Komunikasi medan dekat) dan anda memerlukan peranti mempunyai NFC seperti iPhone 6 dan ke atas. Jika anda merancang untuk menggunakan Apple Watch anda, Apple Pay disokong pada Apple Watch Siri 1 dan ke atas.
CARA GUNA APPLE PAY MALAYSIA
Berikut adalah cara bagaimana untuk anda guna / setup / use Apple Pay di Malaysia.
- Pergi ke aplikasi Wallet di iPhone anda.
- Buka aplikasi Wallet tersebut.
- Anda akan nampak Get Started With Apple Pay.
- Kemudian, klik butang ADD.
- Paparan akan menunjukkan Available Cards sama ada Debit or Credit Card ataupun Travel Card.
- Untuk fungsi ini, sila klik Debit or Credit Card.
- Klik Continue.
- Sediakan Kad Debit atau Kredit anda.
- Anda boleh menggunakan 2 fungsi sama ada scan kad ataupun masukkan butiran kad secara manual.
- Kami mengesyorkan anda untuk scan sahaja kad anda secara automatik.
- Apabila anda sudah berjaya scan kad anda, anda akan dibawa ke Card Details.
- Semak Nama dan Nombor Kad atau letakkan Nama seperti di Kad Pengenalan anda.
- Klik Next.
- Maklumat Tarikh Luput Kad anda akan dipaparkan.
- Anda dikehendaki masukkan Nombor Security Kad iaitu Nombor CCV yang berada di bahagian belakang kad anda. (3 Nombor di belakang kad debit atau kredit).
- Seterusnya, klik Next.
- Paparan akan menunjukkan Terma dan Syarat.
- Klik Agree.
- Anda akan menerima SMS dan masukkan Kod Verifikasi yang dihantar.
- Klik Next dan Continue.
- Kad Debit atau Kad Kredit anda sudah berjaya dimasukkan ke dalam Wallet Apple Pay.
- Selesai.
HOW TO USE/SETUP APPLE PAY APPLE WATCH
Untuk anda yang memiliki Apple Watch boleh ikuti panduan di bawah ini untuk set up Apple Pay.
- Buka aplikasi Wallet di dalam Apple Watch anda.
- Anda akan nampak senarai Kad yang dimasukkan melalui iPhone.
- Klik ADD.
- Anda akan dikehendaki memasukkan kod keselamatan (CVV) kad anda. Proses pengesahan tambahan mungkin diperlukan oleh bank anda.
- Setelah selesai, kad pembayaran anda kini tersedia pada Apple Watch anda.
CARA BAYAR
Buat payment menggunakan Apple Pay untuk transaksi tanpa sentuh hanya perlu ditekan dua kali. Begini cara menggunakannya :
JENIS ALAT PERANTI | CARA BAYAR |
iPhone dengan Face ID (iPhone X, XS, 11, 12, 13) | Tekan dua kali butang POWER di sebelah kanan. |
iPhone dengan Touch ID (iPhone 6, 7, 8, SE) | Tekan dua kali butang HOME. |
Apple Watch | Tekan dua kali butang sisi. |
Sama seperti Samsung Pay, Apple Pay berfungsi pada mana-mana terminal pembayaran yang mempunyai NFC yang pada masa ini menerima pembayaran Visa PayWave atau Mastercard PayPass. Urus niaga anda selamat kerana ia menggunakan Face ID atau Touch ID sebelum setiap transaksi. Ini bermakna jika iPhone anda hilang atau dicuri, tiada siapa yang boleh membuat pembayaran kecuali anda.
Pada Apple Watch, tiada pengesahan lanjut diperlukan kerana Watch sudah disahkan apabila anda memakainya. Jika Apple Watch dialih keluar dari pergelangan tangan anda, ia akan mengunci sendiri secara automatik dan melumpuhkan Apple Pay. Setiap kali anda memakai Apple Watch, anda perlu melakukan pengesahan sekali menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.
Selain kedai fizikal, Apple Pay juga digunakan pada aplikasi serta laman web yang disokong. Hanya lihat logo Apple Pay pada halaman pembayaran dan anda boleh mengesahkan pembayaran anda dengan mudah dengan menekan dua kali butang power atau home. Bukan sahaja ia menjadikan pembayaran dalam talian lebih lancar tetapi ia lebih selamat. Aplikasi dan laman web yang dibenarkan hanya menerima kod keselamatan dinamik dan bukan maklumat kad kredit anda yang sebenar.
Anda boleh rujuk video cara guna dan bayar Apple Pay di bawah :