CARA BAYAR PARKING KOTA BHARU (APPS ONLINE KELANTAN)
Bermula pada bulan September 2023, tiada lagi bayaran parking di tempat letak kereta Dataran Bandaraya Kota Bharu yang menggunakan duit syiling.
Kini MPKB-BRI menyediakan pelbagai kaedah saluran pembayaran melalui pelbagai aplikasi untuk telefon pintar. Ia adalah cara yang mudah, selamat dan cepat untuk pembayaran tempat letak kenderaan.
Bagaimanakah cara bayar parking kota bharu, Kelantan melalui apps online? Ikuti panduan lengkap yang disediakan di sini.
BACA JUGA : PARKING DBKL ONLINE : CARA BAYAR & CAJ KUPON
KELEBIHAN BAYAR PARKING ONLINE
- MUDAH – Kemudahan ‘di hujung jari’ bagi transaksi meletak kenderaan di tempat awam secara moden yang hanya mengambil beberapa saat.
- SELAMAT – Pembayaran dan maklumat dijamin selamat sekaligus menghapuskan penggunaan wang tunai. Semua maklumat peribadi dilindungi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Perlindungan Data dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.
- LOKASI – Pemantauan mudah alih prabayar untuk meletak kereta awam yang moden adalah diselaraskan secara meluas di seluruh Kota Bharu.
NOTA : Pada 1 September 2023, MPKB-BRI telah memaklumkan bahawa bayaran tempat letak kereta Dataran Bandaraya Kota Bharu, Kelantan akan diuruskan oleh MPKB-BRI sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi FLEXI parking.
CARA BAYAR PARKING KOTA BHARU
CARA BAYAR PARKING KOTA BHARU ONLINE MENGGUNAKAN APPS MPKB KELANTAN.
- Muat turun aplikasi FLEXI Parking di dalam telefon bimbit anda.
(Apple Store/Play Store). - Pilih bahasa yang anda inginkan. [English]/[Bahasa Malaysia]/[Chinese].
- Kemudian klik [New User].
- Sila isikan segala maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, tekan [Sign Up].
- Kemudian, [Log Masuk] dengan mengisi nama/alamat emel anda dan kata laluan anda.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama FLEXI.
- Pilih Tempat yang anda parkir dan masa.
- Seterusnya, klik [P] untuk pembayaran parking anda.
- Buat pembayaran secara online [Online Banking].
- Tekan pada bahagian bawah [Receipts] untuk dapatkan resit anda.
- Selesai.
APA ITU CITYCAR PARK
Citycarpark adalah penyelesaian bagi masalah letak kereta di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Ianya menyediakan kemudahan letak kereta bahu jalan di bawah pentadbiran MPKB-BRI yang selesa untuk awam. Gabungan sistem dan aplikasi yang di perkenalkan oleh Citycarpark dapat menghasilkan maklumat secara langsung dan analisa yang terperinci dan tepat tentang kaedah pengunaan tempat letak kereta. Kemudahan sistem yang diperkenalkan ini dapat menghasilkan satu kaedah pengurusan dan perancangan yang lebih teratur dan licin pada masa kini dan juga akan datang.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Letak Kereta MPKB-BRI di talian 09 7454000/4037.
Terima kasih atas info yang di kongsi