BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2024 : DOWNLOAD / MUAT TURUN PDF
Untuk membantu Ibubapa atau Penjaga mengurangkan bebanan perbelanjaan kelengkapan persekolahan, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara permohonan bantuan persekolahan 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN RISDA : PERMOHONAN & SEMAKAN
TARIKH BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan Persekolahan :
TARIKH BAYARAN |
---|
JANUARI 2024 |
JUMLAH BANTUAN PERSEKOLAHAN
Jumlah peruntukan Bantuan Awal Persekolahan adalah sebanyak RM788,130,00 untuk manfaat seramai 5,254,200 orang murid dan akan diberikan sebanyak RM150 setiap seorang murid secara one-off (sekali bayar) sahaja.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
- Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai; atau
- Disalurkan terus ke akaun bank ibubapa atau penjaga murid.
SYARAT KELAYAKAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi tahun 2023 (Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) belum menyatakan syarat kelayakan bagi tahun 2024) :
- Murid Warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan
- Murid bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan (SK).
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- Sekolah Agama.
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
- Sekolah Integriti.
- Sekolah Henry Gurney.
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
- Ibubapa atau penjaga diminta untuk muat turun (download) borang di bawah.
- Isikan semua maklumat dengan tepat dan lengkap.
- Hantar kepada pihak sekolah.
*Bagaimanapun pihak sekolah akan menentukan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan yang ditetapkan; atau
Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibubapa / penjaga tidak perlu membuat permohonan oleh kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibubapa.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pihak sekolah masing-masing; atau
- Talian hotline KPM : 010 – 431 2531
- Emel : pertanyaan.bgpss@moe.gov.my
- https://www.moe.gov.my/hubungi-kami/talian-hotline