BANTUAN RISDA 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan daripada RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah untuk meringankan beban dalam menghadapi bencana musim tengkujuh.
Hal ini kerana, pendapatan pekebun kecil dan penoreh akan terjejas akibat hujan/banjir yang tidak dapat melakukan aktiviti berkebun seperti biasa.
Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan risda 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN SURI RUMAH RM480 : PERMOHONAN ONLINE
JUMLAH BAYARAN BANTUAN RISDA
Berikut merupakan jumlah pembayaran Bantuan RISDA, seperti di bawah :
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RISDA | RM800 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN RISDA
Pembayaran Bantuan RISDA akan dikreditkan kepada penerima secara ansur selama tempoh 4 bulan seperti tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
November 2023 | RM200 |
Disember 2023 | RM200 |
Januari 2024 | RM200 |
Februari 2024 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN
- Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah :
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu (1) lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Bukan Pemilik Tanah dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah :
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Satu (1) lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat.
Nota : Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
TARIKH PERMOHONAN
TARIKH PERMOHONAN |
---|
15 Jun 2023 hingga 15 September 2023 |
PERMOHONAN BANTUAN RISDA 2023
CARA PERMOHONAN BANTUAN RISDA 2023 SECARA ONLINE.
- Sila layari portal rasmi Pekebun Kecil RISDA; atau klik pautan di sini : https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
- Klik [ Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon serta Kata Laluan dengan betul dan tekan [Log Masuk].
- Atau sekiranya anda belum pernah mendaftar sila klik [Daftar Pengguna].
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan dan tekan [Carian].
- Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Baca dengan teliti sebelum tanda pada kotak perakuan [/].
- Klik butang [Hantar].
- Selepas selesai membuat pendaftaran, sila [Log Masuk] kembali untuk membuat permohonan.
- Seterusnya, klik [Mohon Bantuan BMT].
- Sekiranya maklumat anda tidak lengkap, sila tekan [Sila Lengkapkan Profil Pengguna & Profil Tanah Anda].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Klik pada butang [Seterusnya].
- Tandakan bahagian Pengesahan permohonan Bantuan BMT [/].
- Klik [Hantar] dan akan dipaparkan ‘Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar’.
- Selesai.
Perhatian : Anda perlu hadir ke kaunter Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA daerah berdekatan anda dan *sediakan dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak RISDA untuk memudahkan proses permohonan.
DOKUMEN SOKONGAN
- Pekebun Kecil Pemilik Tanah.
- Kad pengenalan pemohon dan berserta salinan.
- Geran asal tanah dan juga salinan.
- Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
- Penoreh Bukan Pemilik Tanah.
- Salinan kad pengenalan penoreh serta pemilik tanah.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan kad PAT-G.
- Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank penerima.
SEMAKAN BANTUAN RISDA 2023
Ikuti cara semakan status permohonan seperti di bawah :
- Klik pada pautan di sini : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik butang [Hantar].
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian hotline RISDA : 03 42510171
- Emel : webmaster@risda.gov.my
Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas sahaja untuk memudahkan carian anda. Semoga bermanfaat.