BANTUAN SURI RUMAH RM480 2023 : PERMOHONAN ONLINE

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN SURI RUMAH RM480 2023 : PERMOHONAN ONLINE

Pelbagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam bentuk kewangan. Sebagai penghargaan kepada suri rumah, kerajaan telah memperkenalkan skim i-Suri KWSP yang memberikan sumbangan bulanan sebanyak RM480 kepada yang berkelayakan.

Bagaimanakah cara permohonan online bantuan suri rumah rm480 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BILA MASUK E TUNAI RM100 : TARIKH RASMI TEBUS

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SURI RUMAH

Untuk memohon Bantuan Suri Rumah RM480, pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR); atau
  • Wanita (KIR) Balu / Bercerai / Bujang.
  • Indivivu adalah merupakan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SURI RUMAH

Terdapat tiga (3) kaedah pembayaran Bantuan Suri Rumah seperti berikut :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, BSN, dan RHB).
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (MBB dan PBB).

MANFAAT i-SURI KWSP

  • Dapatkan insentif kerajaan minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Manfaat Kematian RM2500.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SURI RUMAH

Bantuan Suri Rumah atau Sumbangan i-Suri akan dikreditkan ke Akaun KWSP sebanyak dua kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

SEMAKAN BANTUAN SURI RUMAH

Ikuti cara semakan kelayakan Bantuan Suri Rumah seperti berikut :

  1. Sila buat semakan di portal rasmi eKasih di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.
  2. Masukkan Nombor kad pengenalan anda tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX.
  3. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  4. Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
  5. Selesai.

*Sekiranya nama anda tiada dalam data eKasih, sila hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk pendaftaran kes kemiskinan .

PERMOHONAN BANTUAN SURI RUMAH RM480

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan tersenarai dalam data eKasih serta berdaftar sebagai ahli KWSP, anda perlu ke kaunter di mana-mana cawangan KWSP berdekatan seluruh Malaysia untuk kemukakan permohonan i-Suri KWSP (Sila bawa bersama dokumen seperti di bawah)

  • Mykad dan salinan Mykad.
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M)(Pendaftaran kali pertama sahaja).
  • Borang i-Suri –KWSP 6A (2)(semasa pembayaran).

Selepas mendaftar, anda hendaklah membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan bagi melayakkan menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP anda.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan di atas sahaja. sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hubungi KWSP : 03-89226000.
  • Pergi ke kaunter KWSP berdekatan.

3 thoughts on “BANTUAN SURI RUMAH RM480 2023 : PERMOHONAN ONLINE”

Leave a Comment