BORANG BANTUAN LESEN MEMANDU 2023 : DOWNLOAD/MUAT TURUN
Kerajaan telah mengambil langkah yang proaktif dengan melancarkan program MyLesen 2023. Program ini diwujudkan bagi membantu rakyat yang ingin mendapatkan lesen memandu tetapi tidak berkemampuan. Program ini menawarkan perkhidmatan lesen memandu tanpa sebarang kos kepada yang memenuhi syarat kelayakan.
Ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan mobiliti dan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang bantuan lesen memandu 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA :
APA ITU MYLESEN
MyLesen adalah Bantuan Lesen Memandu yang diberikan kepada gologan B40 yang berkelayakan mendapat lesen motosikal kelas B2 secara percuma tanpa sebarang kos.
SYARAT KELAYAKAN MYLESEN
Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun keatas.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Belum mempunyai sebarang lesen memandu.
- Tiada rekod senarai hitam (JPJ, PDRM dan Mahkamah).
- Merupakan penerima Bantuan Kerajaan (ekasih / Zakat / Baitumal / JKM / JAKOA / LHDN) dan kumpulan B40.
- Tanggungan kepada penerima layak memohon.
TARIKH PERMOHONAN MYLESEN
Tarikh permohonan adalah mengikut negeri atau daerah. Sila rujuk pihak JPJ negeri atau daerah masing-masing.
BORANG BANTUAN LESEN MEMANDU
CARA PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU 2023.
- Sila muat turun Borang Bantuan Lesen Memandu di sini : https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view
- Kemudian, [Cetak Keluar] borang tersebut.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat pada ruangan yang disediakan.
- Dapatkan tandatangan daripada IbuBapa ata Penjaga.
- Tandakan pada kotak yang disediakan [Ya] atau [Tidak].
- Sila baca dengan teliti pada bahagian parakuan dan turunkan tandatangan anda di bawah.
- Anda boleh menghantar borang tersebut ke cawangan JPJ berdekatan.
- Selesai.
Nota : Calon yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran dan Surat Akujanji akan terus mendaftar ke Institut Memandu yang berdekatan untuk kursus/latihan/ujian memandu.
Download Borang Bantuan MyLesen
RUJUKAN
Sekiranya terdapat soalan atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib di talian Umum JPJ 03 8000 8000 atau faks ke 03 8881 0194. Pihak kami hanya berkongsi informasi di atas bagi memudahkan urusan carian anda.
yang ada tarikh last hantar borang ke ?
Nak daftar lesen
Nak daftar lesen
Saya mau daftar untuk leSen motor
saya mahu daftar lesen