BANTUAN MYSARA RM600 2023 : SEMAKAN & PERMOHONAN BARU

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN MYSARA RM600 2023 : SEMAKAN & PERMOHONAN BARU

Kerajaan telah memberikan pendekatan rahmah untuk membela nasib rakyat terutamanya gologan rentan yang mudah terjejas dengan memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’.

Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanakah semakan dan permohonan bantuan mysara RM600 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN STR FASA 4 : SEMAKAN BAYARAN

APA ITU BANTUAN MYSARA

Bantuan MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah sebuah inisiatif wang tambahan untuk membantu gologan miskin tegar yang tersenarai dalam data e-Kasih. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk digunakan membeli barangan makanan asas di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.

JUMLAH BANTUAN MYSARA

Jumlah bantuan MySARA adalah sebanyak RM600 dan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sebanyak RM100 selama tempoh 6 bulan.

TARIKH BAYARAN

Bantuan MySARA ini akan dikreditkan kepada penerima bermula bulan 17 Julai 2023 sehingga Disember 2023, seperti jadual berikut :

BULANJUMLAH BAYARAN
JULAI 2023RM100
OGOS 2023RM100
SEPTEMBER 2023RM100
OKTOBER 2023RM100
NOVEMBER 2023RM100
DISEMBER 2023RM100

BANTUAN MYSARA RM600

CARA SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2023 ONLINE.

  1. Sila layari Portal Rasmi Mykasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.

  2. Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].

  3. Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].

  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

  5. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.

  6. Tekan [Semak Status].

  7. Status anda akan dipaparkan.

  8. Selesai.

CARA MENGGUNAKAN MYSARA

  1. Pilih barangan yang anda perlukan di kedai runcit/ pasaraya terpilih berdekatan dan pilih mengikut 10 kategori barangan yang diberikan seperti di bawah :
    • Beras
    • Mi/Bihun/spageti
    • Gula & Garam
    • Tepung
    • Telur
    • Minyak
    • Biskut
    • Bahan makanan kering.
    • Minuman (teh uncang, serbuk Milo, serbuk kopi)
    • Makanan dalam tin (sardin)
    • Susu pekat tin
    • Kicap/Sos
  2. Setelah selesai memilih barang, pergi ke kaunter pembayaran.
  3. Kemudian, nyatakan kepada juruwang bahawa anda ingin membayar menggunakan MySARA dengan menggunakan MyKad anda.
  4. Jumlah pembelian anda akan ditolak dari baki MyKad anda.
  5. Dapatkan resit pembelian dari juruwang yang tertulis baki.

SYARAT KELAYAKAN MYSARA

  • Penerima mestilah tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih.
  • Pendapatan isi rumah penerima tidak boleh melebihi RM1,169 dalam sistem Penghasilan Gross Kasar (PGK) Miskin Tegar, yang berdasarkan semakan silang dengan agensi pendapatan.

CARA PERMOHONAN MYSARA

Kepada anda yang berkelayakan tetapi tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti cara permohonan lengkap di bawah ini :

Cara permohonan Sumbangan Asas Rahmah 2023 : MY KASIH REGISTER : PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN E-KASIH ONLINE.

RUJUKAN

Pihak kami hanya memberikan informasi mengenai perkara di atas sahaja untuk memudahkan carian anda, sekiranya anda mempunyai soalan atau pertanyaan berkaitan MySARA, sila hubungi pihak berwajib di Portal Rasmi MyKasih.

3 thoughts on “BANTUAN MYSARA RM600 2023 : SEMAKAN & PERMOHONAN BARU”

Leave a Comment