BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500
Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain. Menerusi peruntukan ini, setiap ketua isi rumah terjejas banjir ketika Monsun Timur Laut atau bencana lain akan menerima sumbangan RM1,000.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat JPBP dipengerusikan beliau pada 13 September lalu sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.
BACA JUGA : CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : CARA YANG BETUL UNTUK CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR
BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WANG IHSAN
- BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
- Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
- Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.
JUMLAH AMAUN KELAYAKAN BAGI SETIAP KETUA ISI RUMAH
Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
CARA-CARA MEMOHON BANTUAN WANG IHSAN
- Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
- Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
- Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
- Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
- Tiada permohonan secara online untuk Bantuan Wang Ihsan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON BANTUAN WANG IHSAN
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:
- Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
- Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
- Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
Untuk info lanjut sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:
Sumber : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386
Knpo kito tk dpt bantuan bnjir