BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : JUMLAH BAYARAN

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 : JUMLAH BAYARAN

[code_telegram]

Baru-baru ini pembentangan belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada sebanyak 10 billion ringgit daripada 8 billion ringgit sebelum ini.

Peningkatan adalah sebanyak 2 billion ringgit bersamaan 25 peratus. Ia juga memanfaatkan kepada 9 juta penerima iaitu 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Berapakah jumlah bayaran bantuan tunai rahmah 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYSARA RM600 : SEMAKAN & PERMOHONAN BARU

TARIKH PERMOHONAN STR 2024

Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan dibuka bermula pada bulan November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja setahun.

TARIKH BAYARAN PERTAMA STR 2024

Tarikh bayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 dijangka akan disalurkan sebelum Ramadan pada bulan Februari tahun hadapan.

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Pada tahun 2024, semua penerima STR 2024 akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), berikut adalah jadual jumlah bayaran STR 2024 sekali dengan SARA.

BILANGAN ANAKKATEGORI ISI RUMAH
(Pendapatan RM2,500 ke bawah)
3.1 juta penerima
0RM1,000
1-2 orangRM1,500
3-4 orangRM2,000
5 orang ke atasRM2,500
BILANGAN ANAKKATEGORI ISI RUMAH
(Pendapatan RM2,501-5,000)
1.0 juta penerima
0RM500
1-2 orangRM750
3-4 orangRM1,000
5 orang ke atasRM1,250
KATEGORI WARGA EMAS
(60 tahun ke atas dan tiada pasangan pendapatan bawah RM5,000)
1.3 juta penerima
RM600
KATEGORI BUJANG
(Berumur 21-59 tahun & berpendapatan RM2,500 kebawah)
3.3juta penerima
RM350

Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan di tambah dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) seperti jadual di bawah :

KATEGORIBIL. PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR MISKIN TEGAR0.2 jutaRM1,200
STR MISKIN0.5 jutaRM1,200
STR ISI RUMAH3.7 jutaRM300
STR BUJANG4.3 jutaRM150
*Kategori baharu berdasarkan data e-Kasih dan JKM

BANTUAN TUNAI RAHMAH

CARA SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2024 ONLINE.

  1. Sila layari laman Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  2. Masukkan nombor MyKad pemohon pada ruangan sebelah kiri (No Mykad).

  3. Klik pada [Log Masuk].

  4. Kemudian, klik [Semak].

  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa Keselematan adalah betul.

  6. Sila masukkan kata laluan anda dengan betul dan klik [Log Masuk].

  7. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.

  8. Kemudian, pergi ke [Semakan].

  9. Status anda akan dipaparkan.

  10. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya pihak anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Pihak kami hanya memberikan informasi untuk memudahkan carian anda sahaja.

Leave a Comment