BANTUAN BARANG DAPUR B40 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Dengan itu, kerajaan telah melaksanakan inisiatif baru iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan barang dapur b40 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYSARA : SEMAKAN & PERMOHONAN BARU
APA ITU BARANG DAPUR B40
Bantuan ini adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu jumlah wang tambahan bantuan yang diberikan kepada penerima yang berkelayakan bagi tujuan untuk membantu golongan miskin tegar yang dirujuk berdasarkan pengkalan data dari eKasih. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan untuk digunakan membeli barangan makanan asas di kedai runcit atau pasaraya yang terpilih.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang diperoleh adalah sebanyak RM600 dan akan dikreditkan kepada MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 6 bulan seperti berikut :
BULAN | JUMLAH BAYARAN |
JULAI 2023 | RM100 |
OGOS 2023 | RM100 |
SEPTEMBER 2023 | RM100 |
OKTOBER 2023 | RM100 |
NOVEMBER 2023 | RM100 |
DISEMBER 2023 | RM100 |
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
BANTUAN BARANG DAPUR B40
CARA SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR B40 2023 ONLINE.
- Sila ke pautan Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/.
- Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah(SARA)] [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoht : 85XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak atau tiada rekod.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN ONLINE
Kapada anda yang berkelayakan tetapi tidak pernah membuat permohonan MyKasih, anda boleh ikuti panduan lengkap cara mengemukakan permohonan di bawah ini :
Cara permohonan Sumbangan Asas Rahmah : https://kerajaanonline.com/my-kasih-register/.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, anda boleh ajukan kepada pihak berwajib di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/. Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan sahaja untuk memudahkan carian anda.
Bantuan
Barang dapur