BANTUAN 1000 MYKAD 2023 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat telah mewujudkan beberapa bantuan kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan. Bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban hidup rakyat terutama yang ditimpa kesusahan.
Apakah bantuan 1000 mykad 2023? Bagaimana permohonan dan semakan? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN BUJANG : SENARAI & JUMLAH BAYARAN
APA ITU BANTUAN 1000 MYKAD
Bantuan Kanak-kanak (BKK) atau Nafkah Anak adalah bantuan kewangan bulanan oleh JKM kepada anak-anak yang memerlukan dengan jumlah mininum RM150 sehingga jumlah maksimum RM1,000.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara atau bermastautin di Malaysia.
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Perkapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan telah dipecahkan seperti berikut :
- RM200 seorang untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah;
- RM150 seorang untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun;
- Maksimum RM10,00/keluarga sebulan.
- BKK bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan kepada keluarga/penjaga yang menjaga anak/anak atau kepada anak/anak yang tiada/kehilangan penjaga supaya mereka boleh terus berada dalam lingkungan keluarga dan mempunyai kehidupan yang tidak terjejas oleh perkembangan mereka.
BANTUAN 1000 MYKAD
CARA PERMOHONAN BANTUAN 100 MYKAD 2023 ONLINE.
- Sila layari Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Kemudian scroll ke bawah dan pada [eBantuanJKM].
- Tekan [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Klik pada [Daftar Permohonan].
- Isikan semua maklumat dengan tepat dan tekan [Daftar].
- Seterusnya, masukkan Maklumat Pendapatan dan Maklumat Keperluan Bulanan.
- Lihat keputusan anda sekiranya anda memenuhi syarat saringan awal.
- Sila muat turun [Borang JKM18] dan klik butang [Daftar Permohonan].
- Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
- Tekan [Seterusnya].
- Kemudian, baca dengan teliti senarai dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke JKM.
- Klik [Choose File] untuk muat turun salinan dokumen yang diperlukan.
- Tandakan pada kotak perakuan [X] dan [Daftar].
- Selesai.
Nota : Anda dikehendaki hadir ke Pejabat JKM berdekatan mengikut Daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan berbuat demikian, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan yang disahkan bagi ahli keluarga yang tinggal bersama anda, sama ada suami, isteri, ibu, bapa atau anak.
- Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama anda;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Dokumen lain yang berkaitan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya memberikan informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan, boleh diajukan kepada pihak berwajib di sini : https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/locations&map_type=05&id=VDV6WnF6OVBRbWNNOGJYY1Rnd0pvdz09.
Sy bangga PD PM yang berhati mulia dan memahami pada rakyat nya amin
Saya berbangga pd pm berhati mulia dan memahami kepada rakyat nya..amin