SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Bagi membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah untuk meneruskan kelansungan hidup, kerajaan menawarkan pelbagai jenis bantuan termasuk bantuan yang disalurkan ke dalam IC penerima sebanyak RM1,200.

Bantuan yang disalurkan ke dalam IC penerima adalah khas untuk menampung perbelanjaan keperluan asas setiap bulan. Hal ini demikian kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam ic rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN DALAM IC

Ia merupakan sumbangan tambahan RM1,200 yang diberikan kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan IC (Kad Pengenalan) sahaja.

TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM IC RM1200 2024

Pembayaran bantuan ini adalah dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan bayaran bermula seawal bulan Januari 2024, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November, dan Disember 2024.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC RM1200 2024

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bantuan dalam IC sebanyak Rm1,200 bagi tahun 2024 adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus / penerima bantuan STR; dan
  • Berstatus Miskin / Miskin Tegar.

CARA PEMBELIAN DENGAN MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM IC

Ikuti cara pembelian dengan menggunakan bantuan dalam ic seperti di bawah berikut :

  1. Pergi ke kedai / pasaraya terpilih yang berdaftar (lihat senarai kedai / pasaraya terpilih berhampiran anda [Di sini]).
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk Mykad pemohon kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
  4. Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
  5. Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
  6. Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 2024

Untuk semakan, sila rujuk cara semakan seperti di bawah berikut :

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih.
  2. Klik pada [Semakan Status].
  3. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  4. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  6. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila hubungi talian MyKasih di 03-7720 1800 atau emel info@mykasih.com.

Leave a Comment