SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG
“Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”- Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI (DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR).
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm300 pembelian keperluan asas 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 : CHECK SEKARANG
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM300
Berikut merupakan kriteria kelayakan untuk permohonan bantuan Mykad RM300 setiap bulan untuk membeli keperluan asas, seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
SENARAI BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut :
- Beras, mi dan bihun.
- Roti dan biskut.
- Telur.
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
- Peralatan persekolahan.
- Perihal pendidikan (yuran atau sebagainya).
Terdapat banyak senarai kedai-kedai dan pasaraya yang terpilih yang berdaftar dengan Program BINGKAS, sila rujuk senarai kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai.
CARA MEMBELI DENGAN BANTUAN MYKAD RM300
Berikut merupakan cara-cara pembelian dengan menggunakan bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 sebulan seperti di bawah :
- Pilih barangan yang ingin dibeli.
- Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
- Juruwang akan mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai di bawah program BINGKAS. (Rujuk Senarai barangan di bawah)
- Gunakan aplikasi Wavpay e-Wallet untuk membuat pembayaran.
- Tekan ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS.
- Masukkan nombor pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR.
- Juruwang akan mengimbas kod QR yang tertera untuk menerima bayaran.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024
Ikuti cara semakan bantuan Mykad RM300 setiap bulan di portal rasmi seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS.
- Kemudian, klik pada [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Telefon; tanpa (-) Contoh : 0123456789.
- Masukkan kata laluan anda dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
- Pergi ke bahagian semakan.
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranyan anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib hubungi BINGKAS DI SINI : 1800-22-6600 atau E-mel : info@selcare.my.
Saya ingin membeli brg dapur dan sebagainya.
Andt
Saya ingin membeli brg dapur dan sebagainya.
Bila boleh buat penbelian
Bantuan hanya kepada penduduk selangor je ke,,?