SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad ialah merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperluaskan pemberian kepada 700,000 penerima. Bantuan ini khas untuk membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : JUMLAH RASMI BAYARAN STR FASA 1 : SEMAK SEKARANG
SENARAI PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024
Seramai lebih 700,000 penerima yang layak (berdasarkan data daripada eKasih dan JKM yang diambil dari data penerima bantuan STR) yang akan menerima bantuan ini mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :
- STR Miskin Tegar : RM1,200.
- STR Miskin : RM1,200.
- STR Isi Rumah Asas : RM300.
- STR Bujang : RM150.
- STR Warga Emas : RM150.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Pembayaran bantuan tunai tambahan ini akan dilakukan seawal bulan Januari 2024 dan dibayar setiap bulan selama tempoh 12 bulan sehingga bulan Disember 2024. Namun tarikh rasmi akan diumumkan nanti oleh Perdana Menteri.
KAEDAH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD RM1200
Bantuan Tunai Tambahan RM1,200 akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sebanyak RM100 selama tempoh 12 bulan. Bantuan ini adalah khas untuk membeli barangan keperluan asas barang dapur di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.
Rujuk senarai kedai di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Untuk semakan status, sila rujuk cara semakan di bawah pada portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih.
- Klik pada [Semakan Status].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja. Sila rujuk pihak berwajib di bawah sekiranya mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila hubungi talian MyKasih di 03-7720 1800 atau emel info@mykasih.com.