PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 2024 : DAFTAR SEKARANG
Kerajaan berusaha untuk meningkatkan peruntukkan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, Kerajaan akan mengambil pendekatan dengan menyasar semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berfasa dan sebahagian daripada hasil penjimatan subsidi akan disalurkan bagi meningkatkan bantuan tunai.
Bantuan tunai yang disalurkan adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM3,700.
Bagaimanakah permohonan bantuan sara hidup rm3700 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN KEPERLUAN ASAS BARANG DAPUR : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
KAEDAH / TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024
Pembayaran Bantuan Sara Hidup kepada penerima adalah berbeza mengikut jenis bantuan seperti di bawah berikut :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) |
---|---|
Kaedah Pembayaran : Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berfasa. | Kaedah Bayaran : Dikreditkan ke dalam Mykad penerima setiap bulan selama tempoh 12 bulan. |
Fasa 1 : Februari 2024 Fasa 2 : April 2024 Fasa 3 : Ogos 2024 Fasa 4 : November 2024 | Bayaran pertama : Januari 2024 setiap bulan sehingga Bayaran akhir : Disember 2024 |
AMAUN BANTUAN SARA HIDUP MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
Jumlah / amaun Bantuan Sara Hidup adalah diberikan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah berikut :
- ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH) :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
RM1,000 (0 anak) | RM1,200 | RM2,200 |
RM1,500 (1-2 anak) | RM1,200 | RM2,700 |
RM2,000 (3-4 anak) | RM1,200 | RM3,200 |
RM2,500 (5 ke atas) | RM1,200 | RM3,700 |
- ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000) :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
RM500 (0 anak) | RM300 | RM800 |
RM750 (1-2 anak) | RM300 | RM1,050 |
RM1,000 (3-4 anak) | RM300 | RM1,300 |
RM1,250 (5 ke atas) | RM300 | RM1,550 |
- WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
RM600 | RM150 | RM750 |
- BUJANG (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) :
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
RM350 | RM150 | RM500 |
PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RM3700 2024
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak perlu membuat permohonan kerana kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR sahaja). Berikut merupakan cara permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Sila layari Portal rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH MySTR; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.
- Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
- Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
- Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
- Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
- Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
- Tandakan pada kotak [/] perakuan.
- Tekan [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
*PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan MySTR dan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Bantuan STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
- Bantuan SARA :
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.
tiada
permohonan sara hidup ekaseh 2024
Program ini sangat baik bagi membantu mereka yang mengalami sumber kewangan yang susah dan miskin dalam menjalani kehidupan seharian lebih² lagi pada mereka yang duduk kawasan pendalaman (kampong)
Program ini sangat baik bagi membantu mereka yang mengalami sumber kewangan yang susah dan miskin dalam menjalani kehidupan seharian lebih² lagi pada mereka yang duduk kawasan pendalaman (kampong)