SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2023 : CHECK STATUS SEKARANG
Bantuan e-Kasih merupakan inisiatif oleh Kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan. Bantuan ini adalah untuk menampung perbelanjaan barangan keperluan asas. Ia akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan setiap bulan selama 6 bulan.
Bagaimanakah semakan bantuan ekasih rm500 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : DOWNLOAD SEKARANG
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN EKASIH 2023
Jumlah Bantuan e-Kasih bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM600 dan bukan RM500. Bantuan e-Kasih ini akan dikreditkan setiap bulan sebanyak RM100 dan bukan secara one-off.
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN EKASIH 2023
Bantuan e-Kasih layak dimohon oleh penerima isi rumah yang telah dikenal pasti yang berada dalam kategori miskin tegar melalui pangkalan data e-Kasih. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023.
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Tempoh pembayaran bantuan e-Kasih adalah selama 6 bulan. Berikut merupakan tarikh bayaran bantuan e-Kasih setiap bulan :
TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
---|---|
17 Julai 2023 | RM100 |
1 Ogos 2023 | RM100 |
1 September 2023 | RM100 |
1 Oktober 2023 | RM100 |
1 November 2023 | RM100 |
1 Disember 2023 | RM100 |
SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM500 2023
Ikuti cara semakan status Bantuan e-Kasih RM500 seperti di bawah berikut :
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=.
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan bantuan e-Kasih ini sahaja untuk memudahkan carian anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Alamat : Level 3, DIALOG TOWER, No. 15, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
- Tel: (603) 7720 1800.
- E-mel : info@mykasih.com
tiada
X pun
X dpt Pon ekasih ny.
Ew
Macam mana daftar bantuan ini?
Bagaimana nak mohon 600