BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024 : PERMOHONAN & SEMAKAN
Bermula pada tahun 2024, kerajaan akan melaksanakan penyasaran semula subsidi untuk meningkatkan peruntukkan bantuan tunai. Sebahagian dari subsidi akan disalurkan kepada rakyat Malaysia melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Bantuan akan disalurkan secara berfasa dan berperingkat.
Peruntukan juga akan dinaikkan kepada 10 juta ringgit untuk manfaat 9 juta penerima mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara permohonan dan semakan bantuan tunai rakyat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN BUJANG RM500
APA ITU BANTUAN TUNAI RAKYAT
Bantuan Tunai Rakyat atau nama rasminya ialah Sumbangan Tunai Rakyat (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membantu rakyat mengurangi bebanan kos sara hidup. Bantuan tunai ini disalurkan kepada rakyat secara berfasa melalui akaun bank penerima.
KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT
Kadar Bantuan Tunai Rakyat adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut :
BIL. PENERIMA | KATEGORI | JUMLAH KESELURUHAN |
---|---|---|
3.1j | Isi Rumah Pendapatan RM2,500 kebawah | RM1,000 hingga RM2,500 (Bergantung bilangan anak) |
1.0j | Isi Rumah Pendapatan Rm2,501-RM5,000 | RM500 hingga RM1,250 (Bergantung bilangan anak) |
1.3j | Warga Emas Bujang | RM600 |
3.3j | Bujang Pendapatan RM2,500 kebawah | RM350 |
BIL. PENERIMA | KATEGORI | KADAR |
---|---|---|
0.2j | STR Miskin Tegar | RM1,200 |
0.5j | STR Miskin | RM1,200 |
3.7j | STR Isi Rumah | RM300 |
4.3j | STR Bujang | RM150 |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Berikut adalah syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Berpendapatan bawah RM2,500 hingga RM5,000.
TARIKH PERMOHONAN BAHARU
Tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 akan dibuka bermula November 2023 dan permohonan dibuka sepanjang tahun
PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024
Terdapat dua (2) cara mengemukakan permohonan Bantuan Tunai Rakyat bagi tahun 2024, seperti di bawah :
- Permohonan Online :
- Menerusi pautan Portal Rasmi MySTR LHDNM; atau
- Melalui aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah (muat turun di apps store/play store) dalam telefon bimbit anda.
- Permohonan di kaunter LHDNM :
- Muat turun borang permohonan di sini; atau dapatkan borang permohonan di kaunter LHDNM (selepas diumumkan tarikh permohonan dibuka)
- Selepas selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap dan tepat, anda dikehendaki menghantar borang tersebut di kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda; atau
- Penghantaran secara pos (terhad kepada borang permohonan yang diterima).
- *Penghantaran secara Faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.
SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2024
Ikuti cara semakan Bantuan Tunai Rakyat (STR) seperti berikut :
- Pergi ke pautan MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan No MyKad mySTR.
- Kemudian, klik [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Sekiranya frasa Keselamatan anda betul, sila tekan [Ya].
- Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
- Seterusnya, klik [Log Masuk].
- Anda akan dipaparkan pada [Halaman Utama Portal].
- Kemudian, tekan pada butang [Semakan].
- Seterusnya, klik pada [Maklumat Pembayaran].
- Anda akan dipaparkan maklumat pembayaran fasa semasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah, boleh rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hubungi talian hotline mySTR : 03 8882 4565.
- Emelkan : str@treasury.gov.my.;atau
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.
- Emel : info@mykasih.com.