AKAUN ASB YANG DISEKAT : CARA AKTIFKAN (POLISI DORMAN)
Majoriti rakyat malaysia pasti tahu tentang ASB ataupun lebih dikenali sebagai Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB). Sekiranya akaun ASB anda disekat atau dibekukan menyukarkan untuk anda akses akaun tersebut. Sudah semestinya anda ingin aktifkannya kembali dan mengetahui caranya.
Adakah akaun ASB dibekukan kerana polisi dorman? Apa itu polisi dorman? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan macam mana dengan jalan penyelesaiannya? Sudah tentu persoalan ini akan bermain di fikiran anda sekiranya akaun ASB anda telah dibekukan kerana Dorman.
Jangan bimbang, disini kami kongsikan cara aktifkan semula akaun ASB anda yang dorman secara online, semoga membantu. Anda juga dinasihatankan untuk daftar dengan myASBN untuk memudahkan anda melakukan transaksi.
Baca juga artikel lain : KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE
APA ITU AKAUN DORMAN
Kenapa Akaun ASB Dibekukan Polisi Dorman
Akaun Dorman (adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif) adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.
APA ITU PORTAL myASNB
Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Dengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.
Tapi jika ia dah lama tak digunakan, akaun tersebut akan menjadi dorman (tidak aktif) dan tidak boleh diakses secara online.
Jadi, anda bolehlah mengikuti cara aktifkan akaun myASNB seperti langkah di bawah ini:
CARA AKTIFKAN (POLISI DORMAN) AKAUN ASB YANG DISEKAT
Cara Aktifkan Akaun ASB Yang Disekat
Untuk aktifkan kembali akaun ASB anda, pada sebelumnya anda dikehendaki membuat secara manual seperti:
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASB
- Hadir kemana-mana cawangan ASNB yang berdekatan
Terkini, anda boleh aktifkan akaun ASB anda secara online. Berikut adalah caranya:
- Sediakan dokumen pengesahan diri untuk pengaktifan semula akaun ASB seperti berikut:
- Gambar swafoto/selfie anda bersama MyKad (pastikan gambar anda jelas dan terang)
- Gambar atau salinan MyKad anda (depan dan belakang)
- Sediakan salah satu daripada dokumen sokongan di bawah:
- Lesen memandu yang bergambar*
- Pasport*
- Penyata Bank Persendirian
- Bil utiliti anda yang terkini (bil air, bil telefon, bil elektrik dll)
- Pastikan dokuman sokongan anda yang berkaitan masih aktif (tidak tamat tempoh)
- Seterusnya emailkan semua dokumen pengesahan diri diatas kepada:
- Alamat email: myasnbid@pnb.com.my
- Anda perlu pastikan semua maklumat yang diberikan adalah jelas benar dan sahih.
- Pastikan format dokumen yang dihantar dalam bentuk PDF/JPG/PNG/GIF sahaja.
- Permohonan pengaktifan akaun ASB bagi pihak ketiga adalah TIDAK DIBENARKAN.
SEMAK AKAUN ASB ONLINE
Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.
Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:
1. Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en
2. Apply Apps Store
https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan atau permasalahan mengenai akaun Asb Dorman anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran yang berikut:
- Website RasmiMYASNB: https://www.myasnb.com.my/
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan: 03 – 7730 8899