Cara Daftar BSN Online Tanpa Ke Bank
Apa Itu myBSN?
MyBSN adalah laman web yang mengandungi semua perkara tentang BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Secara umumnya, myBSN ini adalah portal untuk anda membuat online banking jika anda adalah pelanggan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). MyBSN ini diwujudkan untuk memudahkan lagi para pelangga untuk berurusan secara online tanpa perlu ke cawangan bank. Hal ini disebabkan era sekarang kebanyakan transaksi dilakukan secara online. Jadi dengan kewujudan myBSN ini akan menyenangkan pelanggan serta memoptimumkan lagi perkhidmatan yang pihak BSN sediakan kepada pelanggan yang kekal setia bersama mereka. BSN sentiasa relevan dan sentiasa mengikuti arus perubahan untuk kemudahan para pelanggan.
Terokai kemudahan perbankan dengan selesa dari rumah atau pejabat. Dengan Perbankan Internet myBSNsecure, anda boleh membuat capaian ke akaun BSN anda di mana-mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa, hanya dengan menekan satu butang.
Baca juga : PANDUAN BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE ATAU CARA DAFTAR AKAUN THIJARI
Manfaat penggunaan myBSN :
- Menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan anda sendiri
- Mudah. Tidak perlu lagi beratur di bank
- Transaksi dalam talian yang selamat
Antara perkhidmatan yang boleh digunakan melalui myBSN adalah :
- Pertanyaan Baki
- Pemindahan Dana
- Pembayaran Bil
- Pembayaran Kad Kredit
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
- Serta Pelbagai Lagi
Kelayakan Untuk Register BSN Online :
- Pemegang Akaun BSN dengan Kad ATM / Debit / Kredit BSN
- Berumur 18 tahun ke atas
Cara Daftar BSN Online Tanpa Ke Bank (myBSN)
- Masuk ke portal myBSN : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Sila klik Register jika belum atau untuk pertama kali daftar akaun
- Tick Accept bahagian Term dan Conditions First Time Registration
- Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2
- Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport
- Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan
- Selesai mendaftar, anda boleh melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’
- Sila lihat pesanan penting di bawah untuk pastikan transaksi perbankan internet boleh dilakukan tanpa sebarang masalah
- Jika sudah selesai anda boleh ke portal myBSN dan masukkan username dan password
- Dan Selesai!
PESANAN PENTING : Untuk melakukan transaksi perbankan seterusnya di dalam Perbankan Internet, pengesahan diri buat kali pertama haruslah dilakukan melalui panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-300-88- 1900 atau +603-2613 1900 (luar negara).
Talian BSN Customer Service Atau Pusat Khidmat Pelanggan Untuk Pertanyaan
- 1-300-88-1900 (Dalam Malaysia)
- +603-26131900 (Luar Negara)