CARA BUAT QR CODE UNTUK PELBAGAI TUJUAN
Pernahkah anda menggunakan QR Code? Apa itu QR Code? Kenapa ramai orang kini menggunakan QR Code? Apa beza antara QR Code dengan barcode biasa yang sering kita lihat di mana-mana seperti yang yang ada pada produk yang dijual di kedai atau pasar raya? Mari kita lihat.
BACA JUGA : CARA LANGGAN NETFLIX MALAYSIA GUNA PREPAID,DEBIT CARD,GIFT CARD, MAXIS, DIGI DAN CELCOM
APA ITU QR CODE?
QR Code, yang diringkaskan daripada Quick Response Code, merupakan sejenis barcode dua dimensi yang dicipta pada tahun 1994 untuk industry automotif di Jepun. Perbezaan antara barcode biasa dengan QR code adalah fungsinya. Barcode biasa ialah label optik yang boleh dibaca oleh mesin yang direka untuk membacanya. Barcode mengandungi maklumat tentang produk atau benda yang berada bersamanya.
FUNGSI QR CODE
QR code kini boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara seperti:
- Alamat laman web/URL.
- Kandungan teks (250 aksara).
- Nombor telefon (dan boleh terus menelefon).
- Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara).
- Kad Jemputan Kahwin Digital.
- Laman Sosial seperti Facebook dan Instagram.
- Lokasi Pejabat.
- Menu Restoran.
- Aplikasi Pembayaran seperti TouchNGo eWallet, Grabpay dan Boost.
CARA BUAT QR CODE UNTUK PELBAGAI TUJUAN
CIPTA QR CODE GUNA GOOGLE FORM
Kaedah ini sesuai untuk merekod kehadiran, mengisi borang seperti borang kaji selidik dan membuat latihan kuiz atau soalan berbentuk aneka pilihan jawapan.
- Cipta emel, akaun Google atau gunakan akaun Google peribadi
- Pada paparan utama Google setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan
- Pilih Google Drive
- Kemudian di bahagian kiri klik pada butang New, pilih Google Form
- Cipta borang yang diinginkan sama ada borang kehadiran atau borang kaji selidik menggunakan contoh yang diberikan
- Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
- Selain itu, nota atau salinan digital dokumen juga boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
- Ikuti langkah di bawah untuk jana QR CODE
JANA QR CODE
Dengan mempunyai link url kepada Google Form atau Google Drive yang ingin dijana sebagai QR Code, sila cari aplikasi jana QR Code yang mudah dan selamat untuk digunakan.
- Masukkan link url yang ingin dijana menjadi QR Code
- Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
- Cetak QR Code yang telah dicipta dan paparkan kepada pengguna yang diinginkan
Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana QR kod adalah seperti di bawah. Tekan buatng muat turun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi scan QR Code atau untuk mendapatkan cara penggunaan QR Code: