DAFTAR MYFUTUREJOBS : LOGIN PORTAL PENJANA KERJAYA
APA ITU MYFUTUREJOBS?
Secara ringkasnya, PENJANA KERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program PENJANAKERJAYA 3.0 melalui National Employment Services, PERKESO.
Di bawah program PENJANAKERJAYA 3.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).
BACA JUGA : PERMOHONAN PENGAMBILAN KHAS GURU DG41 SECARA KONTRAK 2021
CARA DAFTAR MELALUI PORTAL MYFUTUREJOBS
Berikut merupakan cara daftar MyFutureJobs seperti di bawah.
- Layari laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Klik JOBSEEKER SIGN IN yang diletakkan di bawah Let your career journey begin here bagi memulakan proses daftar MyFutureJobs.
- Terdapat satu menu kecil pada sebelah kiri skrin anda.
- Pada bahagian Please sign in, klik Register.
- Masukkan e-mel anda pada ruangan Email.
- Pada bahagian Please register yang sama, masukkan MyKad pada ruangan IC Number.
- Masukkan kata laluan pada ruangan Password.
- Klik Register bagi lancarkan cara daftar MyFutureJobs anda.
- Kemudian, terima terms & conditions bagi melengkapkan pendaftaran anda.
- Anda akan dibawa secara automatik ke laman Profile anda.
- Selesai.
CARA LOGIN PORTAL MYFUTUREJOBS
Berikut merupakan cara login portal MyFutureJobs.
- Layari laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Klik JOBSEEKER SIGN IN yang diletakkan di bawah Let your career journey begin here.
- Terdapat satu menu kecil pada sebelah kiri skrin anda.
- Pada bahagian Please sign in, masukkan MyKad pada ruangan IC Number (tanpa -).
- Kemudian, masukkan kata laluan pada ruangan Password.
- Klik Sign in bagi lancarkan cara daftar dan login MyFutureJobs.
- Anda akan secara automatik dibawa ke laman Search Jobs.
- Pada bahagian Create Profile, anda perlu isikan maklumat-maklumat berikut seperti bagi memastikan cara daftar dan login MyFutureJobs berjalan dengan lancar.
- Personal Information (maklumat peribadi)
- Desired Job (pekerjaan yang diingini)
- Experience (pengalaman)
- Education (pendidikan)
- Skills (kemahiran)
- Pada bahagian Personal Information, anda perlu isikan maklumat berikut:
- Nama
- Negeri
- Alamat
- Tarikh lahir
- Bangsa (pilihan)
- MyKad
- Bandar
- Poskod
- Jantina
- Nombor telefon
- Kemudian, muat naik CV dalam PDF/Word pada bahagian Personal Information bagi lancarkan cara daftar dan login MyFutureJobs.
- Anda juga boleh muat naik gambar anda dalam JPEG/PNG dengan pada ikon gambar.
- Pada bahagian Desired Jobs, senaraikan pekerjaan yang anda inginkan supaya proses cara carian kerja dalam MyFutureJobs berjalan dengan lancar.
- Lakukan carian menggunakan keyword. Senarai carian akan terpapar.
- Pilih pekerjaan daripada senarai carian yang terpapar tersebut.
- Pilih position level dan skills.
- Kemudian, klik Save.
- Pada ruangan Contract Type, tentukan masa pekerjaan dan kontrak pekerjaan anda.
- Tentukan gaji yang diingini pada ruangan Salary.
- Pada ruangan sektor, anda boleh pilih satu atau lebih daripada sektor pekerjaan yang diingini.
- Masukkan keyword pada bahagian bidang sektor Search.
- Masukkan pengalaman lama, baru atau terkini anda pada ruangan Experience supaya cara daftar dan login MyFutureJobs berjalan dengan lancar.
- Sekiranya ada pengalaman, klik Yes. Klik Add another experience untuk masukkan maklumat pengalaman anda.
- Sekiranya tiada pengalaman, klik No.
- Pada bahagian Education, terdapat tiga sections iaitu education, language dan driving licence.
- Isikan semua maklumat yang dikehendaki.
- Kemudian, beralih ke bahagian Training.
- Sekiranya ada pengalaman training, klik Add another training.
- Sekiranya tiada pengalaman, klik Continue to Skills.
- Pada bahagian Certificate and Supporting Document, muat naik semua sijil dan dokumen sokongan yang berkaitan.
- Kemudian, lengkapkan profil anda.
- Pastikan semua sections bertanda hijau.
MAKLUMAT LANJUT
- Hubungi nombor hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my.
- Maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program PenjanaKerjaya 3.0 (PEMULIH) : https://www.perkeso.gov.my/…/150721_FAQ%20PENJANA…
- Facebook: https://www.facebook.com/lamanrasmieisperkeso