CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA UNTUK MAJLIS, KEDAI, RUMAH, SEKOLAH, PEJABAT, GRAB, PROGRAM, KENDURI, HARI RAYA & PREMIS.
Untuk makluman anda, kerajaan Malaysia telah mewajibkan penggunaan MySejahtera kepada semua rakyat Malaysia. Maklamat utama penggunaan MySejahtera diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan mengesan kontak rapat pesakit yang dijangkiti Covid19.
Selain itu juga, dalam usaha melawan pandemik Covid19, kerajaan Malaysia memberi peringatan kepada pemilik premis, kedai, pemandu grab, acara program, kenduri, sambutan hari raya serta rumah dan sekolah agar menyediakan QR Code ini melalui aplikasi MySejahtera selain daripada memastikan pengunjung melakukan saringan suhu sebelum masuk atau hadir.
Rakyat Malaysia juga diingatkan supaya sentiasa scan QR Code MySejahtera apabila hadir atau masuk di tempat yang dihadiri. Jika anda tidak scan QR Code MySejahtera yang disediakan, anda boleh dikompaun oleh pihak berkuasa kerana telah melanggar perintah kerajaan Malaysia.
Jadi, di bawah ini kami sediakan kepada anda cara buat QR Code MySejahtera guna apps tapi ini panduan menggunakan website untuk lebih mudah.
Baca juga : CARA TEBUS PAKEJ REMAJA PERANTI KELUARGA MALAYSIA (MAXIS,CELCOM,DIGI,UMOBILE,YES,UNIFI)
CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA
PANDUAN LENGKAP CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA.
- Sila masuk ke Laman Web Rasmi Buat QR Code MySejahtera Check-IN di pautan ini : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/.
- Anda dikehendaki Daftar terlebih dahulu menggunakan Nombor Telefon atau Email.
Jika anda ingin membuat pendaftaran menggunakan Email sila lihat dibawah sekali “Saya ingin menggunakan emel untuk mendaftar“.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Tick ReCaptcha.
- Tekan [Daftar].
- Anda dikehendaki membuat Pengesahan OTP “Sila masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon yang didaftar”.
*Sekiranya pendaftaran menggunakan email, anda hanya perlu klik pada link email yang di terima.
- Kod OTP akan dihantar menerusi SMS ke Nombor Telefon yang anda masukkan. Masukkan Nombor OTP yang diberikan di ruang kotak yang disediakan.
- Anda akan dibawa ke Profil Syarikat.
- Jika anda daftar untuk Kedai, Rumah, Sekolah, Pejabat, Grab, Premis sila masukkan Nama Premis/Kedai tersebut di ruangan Nama Perniagaan (Business Name) untuk Grab boleh letak Nombor Kereta anda di ruangan ini.
- Jika anda mendaftar untuk majlis perkahwinan, pertunangan, akikah, kenduri, Hari Raya dan program, tulis nama majlis tersebut pada Nama Pernigaan (Business Name). Contohnya, Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin).
- Seterusnya, masukkan Nama Untuk Dihubungi (Contact Name).
- Masukkan Alamat Lokasi yang hendak dijana QR CODE.
- Tekan [Hantar/Submit].
- Anda akan dipaparkan QR CODE yang telah berjaya dijana untuk di Cetak/Print.
- Tekan [PRINT] untuk Cetak QR CODE anda.
- Jika anda tidak mempunyai printer ketika mendaftar QR Code ini, tekan “Email me” atau “Download” untuk simpan dahuulu QR Code yang sudah di hasilakn oleh MySejahtera Apps ini.
- QR Code anda sudah berjaya dijana dan sudah berjaya di Print/Cetak.
- Anda boleh tampal QR CODE MYSEJAHTERA ini ditempat yang bersesuaian yang mudah untuk dilihat dan senang untuk di Check IN.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan dan pertanyaan boleh hubungi pihak MySejahtera di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkaitan penggunaan MySejahtera untuk memudahkan urusan anda semua. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda yang memerlukan info seperti ini.
MySejahtera Help : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/.