TNG RM100 BANTUAN KERAJAAN 2023 : TEBUS & CLAIM SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

TNG RM100 BANTUAN KERAJAAN 2023 : TEBUS & CLAIM SEKARANG

Kerajaan telah mengumumkan program eMADANI iaitu Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat. Ia bertujuan untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat disamping untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai (Cashless). Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam aplikasi yang terpilih, seperti tng e-Wallet.

Bagaimanakah cara tebus bantuan kerajaan rm100 2023 dengan menggunakan aplikasi tng? Ikuti cara tebus di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EMADANI : TEBUS / CLAIM RM100 GUNA MAE MAYBANK, SETEL PETRONAS, SHOPEE & TOUCH N GO (TNG)

TEMPOH TEBUS / CLAIM RM100

Berikut merupakan tempoh untuk tebus / claim Bantuan Kerajaan menggunakan TNG RM100 seperti di bawah :

TEMPOH TEBUS / CLAIM RM100
Bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024

TEMPOH PENGGUNAAN RM100

Bantuan kerajaan yang dikreditkan sebanyak RM100 boleh digunakan sehingga 29 Februari 2024.

KRITERIA KELAYAKAN TEBUS RM100 BANTUAN KERAJAAN

Pemohon hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas pada tahun 2023.
  • Jumlah pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Dalam kategori B40 dan M40.
  • Bukan penerima eBeliaRahmah.

SENARAI APLIKASI TERPILIH UNTUK TEBUS / CLAIM RM100

Pemohon boleh memilih antara empat (4) aplikasi di bawah untuk tebus / claim Bantuan Kerajaan RM100 seperti berikut :

  • TNG e-Wallet.
  • MAE (MAYBANK)
  • SETEL PETRONAS.
  • SHOPEE.

TNG RM100 BANTUAN KERAJAAN

Ikuti cara tebus Bantuan Kerajaan RM100 dengan menggunakan aplikasi TNG e-Wallet seperti di bawah berikut :

  1. Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet di app store / play store telefon bimbit anda. (sekiranya belum muat turun).
  2. Buka aplikasi tersebut dan buat pendaftaran akaun (sekiranya anda belum mendaftar).
  3. Kemudian, klik pada ikon [Ready to claim your eMADANI credit] pada halaman utama [HOME].
  4. Klik pada butang [Claim Now].
  5. Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
  6. Pilih ID Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan].
  7. Muat naik gambar hadapan kad pengenalan anda.
  8. Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) anda.
  9. Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
  10. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
  11. Kemudian klik [Submit].
  12. Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved!”.
  13. Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
  14. Selesai.

INFO LANJUT

Pihak kami sekadar berkongsi maklumat untuk memudahkan urusan pemohon untuk melakukan proses penebusan bantuan ini. Sebarang soalah atau masalah berkaitan dengan perkara yang dinyatakan di atas, anda boleh ajukan kepada pihak yang berwajib iaitu pihak penyedia e-Wallet seperti di bawah :

  • Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.

1 thought on “TNG RM100 BANTUAN KERAJAAN 2023 : TEBUS & CLAIM SEKARANG”

Leave a Comment