SIP GIG PERKESO : PERMOHONAN 2022 ONLINE (INSENTIF RM600 – RM800)
Untuk makluman anda, permohonan insentif Program SIP GIG PERKESO telah dibuka bermula pada 17 Januari 2022.
Program SIP GIG PERKESO ini dilancarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk membantu individu yang telah diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
Tujuan pelaksanaan Program ini adalah untuk memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek dan juga menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
Apa itu SIP GIG PERKESO? Bagaimanakah cara buat Permohonan, Daftar, Register, Apply Program SIP GIG PERKESO ini? Apakah Syarat Kelayakan? Berapakah bayaran yang akan dapat dari program ini?
SIP GIG PERKESO
Bantuan Insentif Kewangan RM600 hingga RM800 setiap bulan maksimum selama 6 bulan. Rujuk di dalam artikel ini untuk penerangan lebih lengkap.
Program SIP GIG PERKESO adalah insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
BACA JUGA : BUJANG BKM MALAYSIA 2022 : PERMOHONAN & SEMAKAN
TARIKH PERMOHONAN

Tarikh Permohonan, Pendaftaran, Register, Apply Program ini dibuka bermula pada 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
SYARAT KELAYAKAN SIP GIG PERKESO 2022
Rujuk di artikel.
Berikut adalah Syarat Kelayakan Program ini. Pastikan anda memenuhi syarat yang dinyatakan untuk pastikan anda menerima insentif ini.

TIDAK LAYAK INSENTIF
Anda boleh lihat di dalam artikel ini individu yang tidak layak buat pendaftaran.
Berikut adalah kategori yang tidak layak membuat Pendaftaran Program ini :
- Individu yang aktif bekerja.
- Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
- Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti
- kerja secara sukarela.
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
PERMOHONAN SIP GIG PERKESO 2022
Menerusi Laman Web atau Aplikasi Matrix Perkeso. Rujuk di artikel ini untuk panduan lengkap.
PERMOHONAN, PENDAFTARAN, REGISTER, APPLY ONLINE SIP GIG PERKESO 2022 INSENTIF RM600 HINGGA RM800 SEBULAN.
- Klik Link PERMOHONAN SIP GIG PERKESO 2022 di sini : https://matrix.perkeso.gov.my/.
- Selain itu, anda juga boleh buat Pendaftaran/Register menerusi apps PERKESO di link yang disediakan di bawah.
Pendaftaran SIP GIG PERKESO boleh dilaksanakan melalui Aplikasi/APPS PERKESO.
Pengguna Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/perkeso/id1523496062.
Pengguna Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US. - Klik [Log Masuk] sebelah atas kanan anda di Laman Web matrix.perkeso.
- Kemudian, klik [Kali pertama? Daftar Akaun MATRIX].
Jika anda pertama kali ingin membuat pendaftaran di akaun MATRIX. Jika anda sudah ada boleh teruskan langkah seterusnya.
- Anda akan dibawa ke Laman Daftar.
- Pilih [Jenis ID] Nombor Kad Pengenalan.
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Isi Nama Penuh anda seperti di IC anda.
- Isi Emel anda.
- Isi Nombor Telefon Bimbit anda.
- Tick [Saya Setuju Terma & Syarat].
- Taip Teks yang ditunjukkan.
- Klik [Seterusnya].
- 6 Digit kod telah di SMS ke nombor telefon anda. Anda akan terima SMS dalam beberapa saat.
- Sila Masukkan 6 – digit kod yang dihantar. Klik [Seterusnya].
- Pendaftaran Akaun MATRIX anda telah berjaya.
- Sekarang, untuk Permohonan SIP GIG PERKESO sila klik [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik [Seterusnya].
- Anda akan menerima Notifikasi “Sila lengkapkan proses pendaftaran dengan mengklik pautan yang dihantar ke e-mel anda.” Verifikasi Link di Emel anda terlebih dahulu.
- Apabila anda klik Link Verifikasi di Emel anda, anda di kehendaki Cipta/Reka Ungkapan Rahsia, Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan anda.
- Jika sudah siap, klik [Seterusnya].
- Pendaftaran Verifikasi anda telah berjaya.
- Anda dikehendaki [Log Masuk] ke MATRIX.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik [Seterusnya].
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Sekarang, anda sudah berjaya Log Masuk ke Laman Utama MATRIX PERKESO.
- Untuk Permohonan/Register SIP GIG PERKESO 2022 sila klik [SIP GIG] berwarna oren/jingga.
- Kemudian, klik [Mohon]
- Anda dikehendaki mengisi Butiran Maklumat yang diminta dengan lengkap.
- Muat Naik/Upload Salinan Dokumen yang diminta.
- Buat Pengisytiharan [Tick].
- Klik [Hantar] jika Permohonan anda sudah lengkap di isi.
- Untuk makluman anda, sekiranya Pendaftaran di Luluskan, Log Aktiviti perlu di upload/muat naik setiap bulan untuk menerima insentif yang ditawarkan.
- Selesai.
Apakah dokumen wajib yang diperlukan oleh Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk pengesahan di Aplikasi PERKESO Prihatin?
- Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
- Senarai surat dan dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:
KATEGORI | DOKUMEN |
Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja | Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu. |
Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan | Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat) |
Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan) | Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas). |
Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) | Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas). |
Graduan yang menganggur melebihi 60 hari | Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) |
SYARAT TERIMA BAYARAN
- Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
- Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
- Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
CARA/KAEDAH BAYARAN SIP GIG PERKESO
Berikut adalah cara atau kaedah pembayaran :
KAEDAH PEMBAYARAN | KADAR KOMISEN | JUMLAH BAYARAN |
Selepas OBS menghantar Log Aktiviti (selama 6 bulan) | RM1,200 atau 40 jam seminggu | RM600 |
Selepas OBS menghantar Log Aktiviti (selama 6 bulan) | RM2,500 keatas satu atau lebih daripada 60 jam seminggu | RM800 (Tambahan RM200) |
RUJUKAN
Sebarang soalan dan kekeliruan berkenaan dengan Program ini boleh ajukan kepada pihak yang berwajib di bawah ini. Di sini pihak kami tegaskan bahawasanya pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info berkaitan Bantuan Kerajaan Malaysia 2022 untuk mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat kepada mereka yang sedang berusaha mencari Skim atau Bantuan seperti ini.
Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di https://eaduansip.perkeso.gov.my.