SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN
Untuk pengetahuan anda, kini Shopee telah menyediakan pelbagai kaedah bayaran untuk buat pembelian di platform mereka. Umumnya, kita sering melakukan pembayaran melalui online banking, Shopee Pay atau secara tunai melalui 7-Eleven dan Cash On Delivery.
Namun baru-baru ini Shopee juga sudah membuat pembayaran secara ansuran melalui 2 kaedah iaitu menggunakan kad kredit dan SPayLater yang mempunyai caj tambahan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila baca artikel yang kami sediakan ini.
BACA JUGA : REGISTER GRABFOOD : CARA DAFTAR DAN KOMISEN DIBAYAR UNTUK RIDER
SPAYLATER
SPayLater adalah kaedah pembayaran Buy-Now-Pay-Later yang diperkenalkan oleh pihak Shopee sebagai kaedah pembayaran terbaru mereka.
Melalui SPayLater anda boleh membuat pembelian dan bayar pada kemudian hari. Berikut adalah maklumat berkenaan SPayLater:
- Anda boleh membuat pembelian dan bayar pada bulan hadapan secara one-off atau secara ansuran.
- Pembayaran secara ansuran boleh dibahagi kepada 2 bulan, 3 bulan dan 6 bulan akan tetapi anda akan dikenakan faedah sebanyak 1.25% daripada jumlah pembelian.
- SPayLater mempunyai had pembelian sebanyak RM3000 sahaja.
KADAR CAJ BAGI SPAYLATER
Kaedah Pembayaran SPAYLATER
- Buy Now, Pay Later (BNPL)
- Processing Fee – 0%
- Late Payment Fee – 1.5% per jumlah bayaran yang tertunggak secara bulanan
- 2-month instalment
- Processing Fee – 1.5% per bulan mengikut jumlah pembelian
- Late Payment Fee – 1.5% per jumlah bayaran yang tertunggak secara bulanan
- 3 month instalment
- Processing Fee – 1.5% per bulan mengikut jumlah pembelian
- Late Payment Fee – 1.5% per jumlah bayaran yang tertunggak secara bulanan
- 6 month instalment
- Processing Fee – 1.5% per bulan mengikut jumlah pembelian
- Late Payment Fee – 1.5% per jumlah bayaran yang tertunggak secara bulanan
SHOPEE INSTALLMENT MALAYSIA CARA BELI BARANG SECARA ANSURAN
CARA AKTIFKAN SPAYLATER
NOTA : Untuk pengetahuan anda, buat masa ini pengguna yang boleh mengaktifkan SPayLater dipilih dan ditentukan oleh pihak Shopee. Jadi, tidak pelik jika akaun anda tidak mempunyai akses untuk mengaktifkan SPayLater.
Di bawah adalah cara untuk mengaktifkan SPayLater:
1.Buka aplikasi Shopee
2.Pergi ke bahagian ‘Me’ dan klik pada ‘SPayLater’
3.Klik ‘Activate Now’
4.Masukkan ‘One-Time-Password’ yang dihantar ke telefon anda melalui mesej
5.Muat naik gambar MyKad atau MYPR dan masukkan maklumat yang diminta
6.Lakukan proses verifikasi wajah anda
7.Selesai
CARA BAYAR GUNA SPAYLATER
Di bawah adalah cara untuk melakukan pembayaran menggunakan SPayLater:
1.Semasa ‘Checkout’, sila pilih ‘SPayLater’ sebagai kaedah pembayaran anda.
2.Pilih plan yang anda inginkan. Pembayaran bulanan termasuk juga dengan Processing Fee mengikut plan yang anda pilih.
3.Masukkan pin ShopeePay anda.
4. Anda akan menerima ‘Payment Confirmation’.
5.Untuk membuat pembayaran bil SpayLater, pergi ke halaman ‘Pay Now’.
6.Pada bahagian ‘MyBills’, anda boleh semak dan lihat bil yang sudah dan belum diselesaikan mengikut bulan.
7.Lihat bil terkini anda dan pilih kaedah pembayaran yang ingin anda guna sama ada online banking, bayaran tunai di 7-Eleven atau Shopee Pay.
8.Selepas melakukan pembayaran anda akan menerima konfirmasi pembayaran anda telah berjaya.
9. Selesai.
HUKUM GUNA SPAYLATER
- Tiada masalah untuk kaedah SPayLater BNPL atau one-off kerana tidak dikenakan faedah.
- Untuk bayaran SPayLater secara ansuran adalah tidak patuh syariah kerana mempunyai unsur riba dimana anda perlu membayar caj 1.25% sebagai Processing Fee.
NOTA : Untuk makluman lanjut, sila baca penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan untuk penjelasan lanjut berkaitan SPayLater.