SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI 2023 : CHECK SEKARANG
Pemberian bantuan sebanyak RM100 secara tanpa tunai melalui aplikasi terpilih ialah bertujuan untuk meningkatkan pembelian secara penggunaan transaksi tanpa tunai (cashless) disamping untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan kewangan.
Bagaimanakah semakan senarai nama penerima bantuan 100 madani 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN 100 MADANI : SEMAK SEKARANG
APA ITU BANTUAN 100 MADANI 2023
Merupakan satu inisiatif kerajaan yang memperkenalkan Program eMADANI di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat.
Bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
SENARAI APLIKASI
Berikut merupakan senarai empat (4) aplikasi yang boleh digunakan untuk tebus dan semak bantuan 100 MADANI seperti di bawah :
- MAE Maybank.
- Setel Petronas.
- ShopeePay.
- Touch ‘n Go eWallet.
TARIKH TEBUS / SEMAKAN BANTUAN 100 MADANI
Berikut merupakan tarikh untuk tebus dan membuat semakan seperti di bawah:
TARIKH BANTUAN 100 MADANI |
---|
Bermula 04/12/2023 sehingga 20/02/2024 |
SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN 100 MADANI
- Sila muat turun aplikasi TNG e-Wallet di app store / play store telefon bimbit anda. (sekiranya belum muat turun).
- Buka aplikasi tersebut dan buat pendaftaran akaun (sekiranya anda belum mendaftar).
- Kemudian, klik pada ikon [Ready to claim your eMADANI credit] pada halaman utama [HOME].
- Klik pada butang [Claim Now].
- Seterusnya buat pengesahan dengan menekan butang [VERIFY].
- Pilih ID Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan].
- Muat naik gambar hadapan kad pengenalan anda.
- Seterusnya, masukkan gambar (Selfie) anda.
- Sila pastikan semua butiran anda tepat dan betul sebelum menekan butang [Continue].
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sah.
- Kemudian klik [Submit].
- Sekiranya berjaya, anda akan menerima notifikasi “eMadani Claim Approved!”.
- Anda akan menerima kredit RM100 di dalam aplikasi tersebut.
- Selesai.
*Cara semakan Bantuan e-Wallet RM100 2023 adalah melalui aplikasi yang ditebus; atau lihat pada nilai baki dipaparan aplikasi.
TALIAN HOTLINE BANTUAN EMADANI
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan perkara di atas, anda boleh terus berhubung dengan pihak yang berwajib di bawah ini.
- MAE Maybank : 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my.
- Setel Petronas : Emel ke hello@setel.com.
- ShopeePay : +603-2777 9222.
- Touch ‘n Go eWallet : +603-2714 8888.
Maklumat di atas sekadar perkongsian oleh pihak kami bagi memudahkan para pelawat mendapatkan info yang lebih mudah dan senang diikuti. Semoga bermanfaat.
Claim emadani
Nk duit