SEMAKAN RAYUAN KPM : 2023 ONLINE KOLEJ PROFESIONAL MARA
Terkini, pemohon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Profesional MARA boleh check keputusan rayuan sekiranya anda tidak berjaya pada pengambilan fasa 1 atau fasa 2 Sesi 2023/2024. Result boleh disemak secara online untuk lebih mudah dan pantas.
Bagaimanakah semakan rayuan kpm secara online sesi 2023/2024? Ikuti keterangan lanjut di sini.
APA ITU KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Tujuan penubuhan KPM ini adalah bagi menyediakan peluang sambung belajar dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran. Institut ini mempunyai 13 kluster program.
Kolej Profesional MARA di uruskan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pelajar yang berjaya masuk ke KPM akan mendapat pelbagai jenis faedah serta keistimewaan dari segi pembiayaan serta kemudahan yang ditawarkan oleh pihak MARA.
Ia menawarkan program-program diploma dan sijil. Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.
Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap untuk kegunaan dan keselesaan pelajar. Antaranya dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, fasiliti sukan dan riadah, kafetaria, surau dan lain-lain.
Baca juga : CARA MOHON EPENDAHULUAN MARA : SEMAKAN E PENDAHULUAN MARA (PINJAMAN)
SEMAKAN RAYUAN KPM 2023
Pemohon boleh check result rayuan KPM melalui online menggunakan portal yang disediakan oleh pihak MARA.

TARIKH CHECK KEPUTUSAN RAYUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA
- Fasa 1 pada 10 Julai 2023
- Fasa 2 pada 20 Julai 2023
- Fasa 3 pada 4 Ogos 2023

CARA SEMAKAN RAYUAN KPM ONLINE
PERKARA | PAUTAN |
Link rasmi Portal Semakan Rayuan Kolej Profesional MARA (KPM) 2023 | Check result/keputusan di sini : https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ |
- Klik pautan check keputusan rayuan KPM di atas.
- Anda akan dibawa ke Halaman Semakan Keputusan Permohonan.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Tekan butang [Semak].
- Jika keputusan adalah LAYAK dan pemohon bersetuju untuk menerima tawaran ini, pemohon perlu:
- Membaca MAKLUMAT TAWARAN dengan teliti.
- Membuat bayaran YURAN PENDAFTARAN secara dalam talian (online) menerusi perkhidmatan bayaran elektronik MARAeps di https://bayar.maraeps.my.
- Selepas PEMBAYARAN dibuat, WAJIB LAYARI SEMULA Portal Hi-Edu di https://hi-edu.my/ untuk PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN.
- Pemohon dikehendaki:
- Klik butang KLIK DI SINI JIKA TELAH CETAK SLIP TAWARAN DAN BAYARAN SETUJU TERIMA TELAH DIBUAT.
- Klik butang SETUJU TERIMA TAWARAN.
- Masukkan NOMBOR TRANSAKSI ID di ruangan yang disediakan.
- Klik butang HANTAR.
- Klik butang CETAK SURAT TAWARAN.
- Klik butang MUAT TURUN untuk dapatkan salinan SURAT TAWARAN & SENARAI SEMAK/DOKUMEN. Wajib CETAK kedua-dua dokumen tersebut. Sila BACA & FAHAMKAN butiran yang tertera di dalam PANDUAN PENDAFTARAN.
- Tawaran adalah TERBATAL jika pemohon gagal untuk membuat bayaran yuran pendaftaran dan pengesahan setuju terima pada tarikh yang telah ditetapkan.
- Selesai.
KEPUTUSAN RAYUAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK
Sekiranya keputusan permohonan pemohon didapati TIDAK LAYAK, pemohon boleh membuat RAYUAN permohonan secara dalam talian (online). Keputusan RAYUAN akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran, bergantung kepada kelayakan dan kekosongan penempatan.
SYARAT KELAYAKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Berikut merupakan syarat permohonan Kolej KPM MARA:
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus Bumiputera (Pemohon DAN Ibu atau Bapa berstatus Bumiputera).
- Berumur 18 sehingga 35 tahun.
- Tidak menerima bantuan kewangan lain dan tidak disenarai hitam oleh pihak MARA.
- Lepasan SPM/STPM/STAM/SKM (Minimum kepujian Bahasa Melayu dan 2 subjek lain, lulus Matematik dan Bahasa Inggeris minimum gred D).

Pemohon boleh rujuk sumber rujukan yang lengkap berkenaan dengan syarat kelayakan kemasukan/permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) di sini : https://hi-edu.my/programkpm/.
KEMUDAHAN KOLEJ PROFESIONAL MARA
Berikut adalah senarai kemudahan yang akan diperolehi:
- Kemudahan penginapan asrama.
- Pemberian Elaun Sara Hidup.
- Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan.
- Graduan bebas hutang dimana pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mendapat pengecualian daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian.
TARIKH PENDAFTARAN KPM 2023
Berikut adalah tarikh lapor diri Kolej Profesional MARA SESI 2023:
- Sesi lapor diri : 3 Ogos 2023.
- Masa pendaftaran bermula : 8.30 pagi.
LOKASI KOLEJ PROFESIONAL MARA MALAYSIA
Berikut adalah senarai lokasi dimana Kolej KPM ini berada:
- Beranang
- Ayer Molek
- Indera Mahkota
- Seri Iskandar
- Bandar Penawar
- Bandar Melaka
- Beaufort
SENARAI PROGRAM KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Berikut adalah program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA:
- Diploma in
- Accounting (DIA)
- Business Studies (DBS)
- Computer Science (DCS)
- Landscape and Horticulture (DLH)
- Entrepreneurship (DEn)
- Islamic Banking and Finance (DBF)
- English Communication (DEC)
- Computer Networking (DCN)
- Creative Digital Media Production (DCD)
- International Business (DIB)
- Integrated Logistics Management (DLM)
- Marketing (DMk)Business Information Technology (DBIT)
- Diploma in Halal Industry (DHI)
- Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)
- Certified Accounting Technician (CAT)
- Intensive English Programme (IEP)
PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA
Kepada pemohon yang berminat untuk menyambung pelajaran di KPM, anda boleh lakukan pendaftaran pengguna terlebih dahulu dan isi borang permohonan melalui online di portal yang dinyatakan di sini.
CARA MEMOHON KPM
Berikut adalah cara permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) 2023/2024:
- Klik link rasmi PERMOHONAN KPM di sini : https://hi-edu.my/.
- Tekan [Permohonan Kemasukan Ke Program KPM/KM.
- Kepada pemohon baharu, perlu Daftar Pengguna Baru sebelum memulakan permohonan.
- Untuk pemohon yang telah mendaftar dan mengisi permohonan pada sesi terdahulu, anda boleh Log Masuk menggunakan akaun yang telah dijana.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan Log Masuk.
- Isi Kata Laluan yang didaftarkan.
- Tekan [Hantar].
- Anda akan dipaparkan Laman Utama UPIMOnline.
- Seterusnya, klik pada butang [PERMOHONAN] untuk membuat permohonan kemasukan ke program KPM.
- Sila isi Maklumat Peribadi, Maklumat Ibu Bapa/Penjaga.
- Kemudian, isi Maklumat Akademik dan Kokurikulum.
- Pilih Program yang anda berminat.
- Untuk makluman anda, maksimum hanya 6 pilihan program dengan kombinasi pusat, program dan institusi yang berbeza.
- Sila laksanakan Perakuan Permohonan.
- Pastikan anda cetak borang permohonan untuk simpanan sendiri.
- Cetakan Borang Permohonan ini TIDAK PERLU dihantar secara serahan tangan/pos kepada pihak MARA.
- Sebarang urusan Kemaskini Permohonan boleh dilakukan sebelum sistem permohonan ditutup.
- Bagi mengetahui keputusan permohonan kemasukan Kolej Porfesional MARA anda boleh rujuk di panduan yang disediakan di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan berkenaan dengan perkara di atas, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Perkongsian ini adalah bagi memudahkan urusan pelawat yang membuat carian. Pastikan anda kongsikan maklumat ini kepada kenalan rapat atau keluarga anda.
Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
Emel : upim.bpt@mara.gov.my.
WhatsApp : +6011-58521184
Merupakan kolej bantuan penuh kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan keperluan pengajian. Semua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Anda boleh lakukan semakan keputusan rayuan di portal hi-edu.my. Ikuti panduan lengkap cara semak secara online di sini.
Diuruskan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat. Pelajar yang berjaya masuk akan mendapat pelbagai jenis faedah serta keistimewaan dari segi pembiayaan serta kemudahan yang ditawarkan. Ia menawarkan program-program diploma dan sijil. Kurikulum program ini digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya para pelajar mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.