SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH RM1200 2024 : CHECK SEKARANG
Menurut data daripada eKasih dan JKM yang diambil dari penerima Bantuan STR, seramai 700,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan Sara Rahmah iaitu sebanyak RM1,200 setiap isi rumah miskin dan miskin tegar. Oleh yang demikian, kerajaan berharap dengan adanya bantuan ini rakyat dapat meneruskan kehidupan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara rahmah rm1200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN STATUS BANTUAN RM1200 : CHECK SEKARANG
CARA KREDIT BANTUAN SARA RAHMAH RM1200 2024
Bantuan Sara Rahmah akan dikreditkan kepada penerima yang layak melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima sebanyak RM100 setiap bulan selama tempoh 12 bulan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah disenaraikan di kedai-kedai terpilih seluruh Malaysia.
TARIKH KREDIT PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH
Seperti yang telah diumumkan baru-baru ini, Bantuan Sara Rahmah akan mula dikreditkan seawal bulan Januari 2024 (namun tarikh pengkreditan akan dikemaskini kembali apabila diumumkan secara rasmi nanti).
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN SARA RAHMAH
Berikut merupakan cara-cara membeli menggunakan bantuan Sara Rahmah seperti di bawah :
- Pergi ke kedai / pasaraya terpilih yang berdaftar (lihat senarai kedai / pasaraya terpilih berhampiran anda [Di sini]).
- Pilih barangan keperluan berdasarkan label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk Mykad pemohon kepada juruwang untuk menyemak pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dipilih.
- Bayaran adalah menggunakan Mykad (masukkan 6 digit Nombor Pin anda).
- Simpan resit selepas pembelian untuk menyemak transaksi pembelian.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA RAHMAH
PAUTAN PORTAL RASMI SEMAKAN |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan di atas.
- Kemudian klik pada [Semakan Status].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila hubungi talian MyKasih di 03-7720 1800 atau emel info@mykasih.com.