SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

Kerajaan prihatin terhadap rakyat oleh kerana kos sara hidup yang semakin terbeban. Justeru, kerajaan memperkenalkan bantuan untuk membeli keperluan asas sebanyak RM300 setiap bulan yang dikreditkan ke dalam e-Wallet.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan e wallet rm300 pembelian keperluan asas 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK BANTUAN EKASIH RM1200 : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN E WALLET RM300 2024

Bantuan e-Wallet RM300 ini merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Ia boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan asas, pembayaran yuran sekolah dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

MANFAAT BANTUAN E WALLET RM300 2024

Berikut merupakan manfaat yang akan diterima oleh penerima yang layak dalam program bantuan ini seperti :

  • e-Wallet boleh digunakan di kedai-kedai dan pasaraya yang berdaftar dengan bantuan ini;
  • Urusniaga secara tanpa tunai (cashless) hanya perlu scan sahaja;
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas RM300;
  • Baki nilai bagi pembelian dahulu akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • Akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

SENARAI BARANGAN BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program e-Wallet BINGKAS :

  • Beras, mi dan bihun.
  • Roti dan biskut.
  • Telur.
  • Gula dan garam
  • Rempah ratus, sos, kicap, dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  • Produk tenusu (susu tepung, susu pekat dan susu segar).
  • Peralatan persekolahan (Beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya).
  • Perihal pendidikan (yuran atau sebagainya).

CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN E WALLET RM300

Berikut merupakan cara-cara pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan bantuan e-Wallet RM300 :

  1. Pergi ke kedai / pasaraya yang berdaftar dengan program ini. Rujuk senarai kedai DI SINI.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli (seperti senarai di atas).
  3. Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan.
  4. Juruwang akan mencatatkan barangan yang dipilih penerima dan melakukan saringan mengikut jenis barangan yang tersenarai.
  5. Gunakan aplikasi Wavpay e-Wallet untuk membuat pembayaran.
  6. Tekan ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS.
  7. Masukkan nombor pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR.
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR yang tertera untuk menerima bayaran.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Berikut merupakan cara semakan penerima bantuan e-Wallet RM300 (BINGKAS) di portal rasmi seperti di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS; atau klik pautan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Kemudian, klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon; tanpa (-) Contoh : 0123456789.
  4. Masukkan kata laluan anda dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [LOG MASUK].
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

  • Hubungi BINGKAS DI SINI : 1800-22-6600;atau
  • E-mel : info@selcare.my

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment