SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 2023 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
Seperti yang diperkatakan Bantuan Asas Rahmah bagi tahun 2023 sebanyak RM1,000 adalah tidak benar, Bantuan Asas Rahmah bagi tahun 2023 adalah hanya sebanyak RM600 sahaja yang disalurkan setiap bulan sebanyak RM100 selama tempoh 6 bulan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan asas rahmah rm1000 2023? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN SARA RM600 : SEMAK STATUS SEKARANG
APA ITU BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 2023
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya / kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH
- Warganegara Malaysia; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH
- Isi Rumah : RM600.
- Warga Emas : RM600.
- Bujang : RM600.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia :
- Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
- Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH RM1000 2023
- Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik [DI SINI].
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
- Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian klik pada butang [Semak Status].
- Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
- Selesai.
RUJUKAN
Sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan asas rahmah :
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).