SEMAKAN EKASIH 2023 RM600 : CHECK STATUS SEKARANG

Channel Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini & Sahih! Khas Bantuan B40 & M40! Join : Bantuan Malaysia Madani 2024

SEMAKAN EKASIH 2023 RM600 : CHECK STATUS SEKARANG

Setiap bulan bantuan eKasih akan dimasukkan kepada seramai 210,000 penerima yang layak. Manfaat bantuan eKasih ialah dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup dengan menampung perbelanjaan barang keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan ekasih 2023 rm600? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1000 MYKAD : CHECK SEKARANG

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2023

Berikut merupakan jumlah bantuan eKasih yang disalurkan kepada 210,000 penerima

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2023
RM600

SENARAI PENERIMA BANTUAN EKASIH 2023

Berikut merupakan senarai kategori penerima yang layak menurut data eKasih yang diambil dari penerima Bantuan STR seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH
BANTUAN
Isi Rumah Miskin TegarRM600
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

CARA BAYARAN BANTUAN EKASIH KEPADA PENERIMA

Pembayaran bantuan eKasih adalah berbeza mengikut alamat penerima di Semenanjung Malaysia dan Sabah / Sarawak seperti berikut :

ALAMAT PENERIMACARA BAYARAN
Penerima daripada
Semenanjung Malaysia
Akan dikreditkan tanpa tunai
(cashless) secara automatik
melalui akaun yang dibuka
menggunakan MyKad penerima.
Penerima daripada
negeri Sabah, Sarawak
dan W.P. Labuan
Bayaran RM600 sekaligus
melalui kaedah pengkreditan
ke akaun bank / secara tunai,
sama seperti kaedah pembayaran
fasa 3 STR 2023.

CARA MENGGUNAKAN BANTUAN EKASIH

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa. Berikut merupakan panduan cara pembelian dengan bantuan eKasih :

  1. Pergi ke kedai yang berdaftar dengan MyKasih, Semak senarai kedai berhampiran anda DI SINI.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  4. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Penerima bantuan perlu menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

SEMAKAN EKASIH 2023

  1. Sila layari Portal rasmi MyKasih [Semakan Status]; atau klik [DI SINI].
  2. Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa (-) contoh : 87XXXXXXXXXX di ruangan [Nombor Mykad].
  3. Isikan kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian klik pada butang [Semak Status].
  5. Maklumat status anda akan dipaparkan sama ada (lulus) atau (tidak lulus) atau (tiada rekod).
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami tidak dapat menjawab sebarang persoalan anda kerana pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi berkaitan bantuan sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).

Leave a Comment